UPM Institutional Repository

Peramal tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah harian di Daerah Kinta Selatan, Perak


Citation

Elias, Nor Laila (2014) Peramal tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah harian di Daerah Kinta Selatan, Perak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian peramal tingkah laku kewarganegaraan organisasi (OCB) sering dilakukan di negara-negara Barat. Didapati amalan OCB di Malaysia belum diperluaskan lagi dalam konteks sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sangat memerlukan dan menuntut guru untuk mempamerkan OCB disamping tugas hakiki untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang kepada OCB guru yang terdiri daripada empat faktor iaitu efikasi kendiri, komitmen organisasi, sokongan rakan sekerja dan iklim organisasi. Dimensi OCB guru dalam konteks sekolah terdiri daripada tiga dimensi iaitu OCB dipamerkan terhadap murid (OCB-M), OCB terhadap guru (OCB-G) dan OCB terhadap sekolah (OCB-S). Kajian ini juga menentukan tahap OCB dan ketiga-tiga dimensi OCB guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik ini diadaptasi daripada Somech dan Drach-Zahavy (2000), Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001), Meyer dan Allen (1990), O'Driscoll (2000) dan Hart, Wearing,Conn, Carter, dan Dingle, (2000). Alat uji ini digunakan untuk mengukur tingkah laku kewarganegaraan organisasi, komitmen afektif, sokongan rakan sekerja dan iklim organisasi. Sampel terdiri daripada 155 orang guru sekolah menengah harian di daerah Kinta Selatan di Perak. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berkelompok. Empat buah sekolah menengah harian di daerah Kinta Selatan yang di tadbir di bawah Pejabat Pelajaran daerah Kinta Selatan telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Analisis data dilakukan secara deskriptif (kekerapan, peratus,min dan sisihan piawai) dan bivariat (korelasi Pearson Moment dan analisis regresi hierarki berganda). Keputusan kajian telah mendapati bahawa tahap OCB guru sekolah menengah harian adalah sederhana. OCB terhadap guru (OCB-G) adalah paling tinggi. Guru lelaki mempamerkan tahap OCB-G lebih tinggi daripada guru wanita. Keputusan ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap OCB antara jantina. Keputusan kajian juga menunjukkan guru yang berada di pertengahan perkhidmatan kerjaya mempunyai tahap OCB yang tinggi berbanding guru yang di awal perkhidmatan. Manakala guru yang menghampiri waktu pencen tahap OCB mereka didapati menurun. Keputusan ujian ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap OCB antara tempoh pengalaman mengajar guru. Hasil analisis korelasi menunjukkan efikasi kendiri dan iklim organisasi mempunyai hubungan dengan OCB, OCB-M, OCB-G dan OCB-S. Manakala, sokongan rakan sekerja mempunyai hubungan dengan OCB, OCB-G dan OCB-S. Komitmen organisasi hanya mempunyai hubungan dengan OCB-G sahaja. Hasil analisis regresi hierarki berganda menunjukkan bahawa efikasi kendiri adalah penyumbang paling tinggi kepada OCB, OCB-M, OCB-G dan OCB-S dan diikuti oleh faktor iklim organisasi sebagai penyumbang kedua kepada OCB-G. Implikasi kajian ini, dapat dilihat daripada dua aspek iaitu secara teoritikalnya keputusan kajian ini dapat mengukuhkan lagi teori kognitif sosial dan teori pertukaran sosial bagi memperjelaskan hubungan efikasi kendiri dan iklim organisasi terhadap OCB guru dengan mengambil kira aspek individu dan persekitaran. Manakala implikasi secara praktikalnya dapat melihat efikasi kendiri menjadi keperluan utama dalam keperluan pembangunan sumber manusia dalam kalangan guru yang perlu dititikberatkan disamping iklim organisasi untuk meningkatkan amalan OCB dan prestasi sekolah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 41RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Organizational behavior - Perak
Subject: Teachers
Subject: Schools
Call Number: FPP 2014 41
Chairman Supervisor: Zoharah Omar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Feb 2017 03:54
Last Modified: 20 Feb 2017 03:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50630
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item