Keyword Search:


Bookmark and Share

Stilistik dalam persembahan wayang kulit Kelantan

Abu Bakar, Roslina and Sujud, Arbai'e and Mohd Saidi, Siti Nurulfatihah (2015) Stilistik dalam persembahan wayang kulit Kelantan. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (1). pp. 75-86. ISSN 2289-7259

[img] PDF (Abstrak)
35Kb

Official URL: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Abstract

Kajian ini tentang mengenai tradisi lisan wayang kulit Kelantan. Wayang kulit ialah sejenis hiburan pementasan oleh seorang dalang yang merupakan narator dialog tokoh wayang. Kajian ini dilakukan untuk mengketengahkan tradisi lisan yang kemudiannya digabungjalinkan dengan ilmu tentang style atau stilistik. Stilistik ialah ilmu tentang gaya yang amat erat kaitannya dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Penganalisisan berlandaskan aspek stilistik ini adalah amat akrab dengan sosiolinguistik dan dialektologi yang merupakan cabang linguistik. Ini adalah kerana terkandungnya bahasa daerah atau bahasa suku bangsa yang amat berhubungan dengan situasi dan menjadi suatu gaya. Wayang kulit Kelantan menggunakan dialek Kelantan yang merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu. Penulis akan mengisi kajian ini dengan inti stilistik, iaitu aspek fonologi, penggunaan perkataan, diksi dan leksikal, pembentukan ayat atau struktur sintaksis, kajian makna dan semantik, unsur bahasa dramatik dan gaya individualisme. Sehubungan itu, pengkaji akan memperlihatkan penggunaan bahasa yang bersifat sosiologi iaitu variasi pengucapan bahasa atau dialek Kelantan. Pelbagai gaya yang ditimbulkan oleh dalang mampu menimbulkan kesan tertentu. Pengkaji akan mempraktikkan pendekatan stilistik dengan mengemukakan perlambangan atau makna ganda serta pendeviasian menerusi bahan kajian. Kajian ini turut dibatasi dengan membuat penelitian terhadap unsur bahasa dramatik kerana kekuatan dan keindahan sesebuah karya itu sememangnya banyak bergantung pada eksploitasi bahasa dari segi penggunaan unsur dramatiknya. Akhirnya kajian stilistik ke atas tradisi lisan tersebut turut mendasari gaya individualisme yang memaparkan tahap bahasa penutur yang menggambarkan gaya tersendiri informan. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji melakukan kaedah kajian lapangan dan kepustakaan. Kemudiannya, data yang diperoleh daripada kajian lapangan dan kepustakaan itu disaring dan dianalisis berlandaskan teori stilistik. Akhinya, kajian ini berupaya menggambarkan bahawa variasi linguisik, iaitu gaya mempunyai hubungan yang erat dengan konteks teks dan konteks situasi.

Item Type:Article
Keyword:Dialectology; Lexical; Semantic; Syntax; Stylistic
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:50407
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:28 Feb 2017 15:28
Last Modified:28 Feb 2017 15:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Feb 2017 15:28.

View statistics for "Stilistik dalam persembahan wayang kulit Kelantan"