UPM Institutional Repository

Gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan hubungannya dengan kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi, reka bentuk portal teknopen dan kepuasan pelajar


Citation

Che Jamin @ Abd Hamid, Nurul Fatiha (2011) Gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan hubungannya dengan kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi, reka bentuk portal teknopen dan kepuasan pelajar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Gaya interaksi pelajar yang dikaji terbahagi kepada tiga iaitu, interaksi pelajar dengan pelajar lain, interaksi pelajar dengan pengajar dan interaksi pelajar dengan kandungan Portal TEKNOPEN. Selain daripada itu, kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara gaya interaksi dengan beberapa faktor iaitu kompetensi ICT pelajar, reka bentuk dan kepuasan pelajar menggunakan Portal TEKNOPEN. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik berstruktur yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A (Latar belakang pelajar), Bahagian B (Gaya interaksi pelajar) dengan nilai kebolehpercayaan 0.868, Bahagian C (Kompetensi ICT pelajar) dengan nilai kebolehpercayaan 0.943, Bahagian D (Reka bentuk Portal TEKNOPEN) dengan nilai kebolehpercayaan 0.950 dan Bahagian E (Kepuasan pelajar terhadap Portal TEKNOPEN) dengan nilai kebolehpercayaan 0.957. Sampel kajian terdiri daripada 128 orang pelajar yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan pada semester pertama sesi 2009/2010 dan menggunakan Portal TEKNOPEN. Bilangan sampel adalah merujuk kepada formula kiraan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Min keseluruhan bagi interaksi pelajar adalah pada tahap yang tinggi (M=4.04,SP=0.500). Dapatan kajian menunjukkan interaksi pelajar dengan pengajar merupakan gaya interaksi yang paling menonjol (M=4.10, SP=0.513) diikuti interaksi pelajar dengan kandungan portal (M=4.02, SP=0.530) dan Interaksi pelajar dengan pelajar lain (M=3.99, SP=0.588). Bagi faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini, Aspek kompetensi ICT pelajar (M=4.48, SP=0.479) merupakan faktor yang menunjukkan min tertinggi diikuti kepuasan pelajar terhadap penggunaan portal (M=4.20, SP=0.522) dan rekabentuk portal pendidikan yang digunakan oleh pelajar (M=4.00, SP=0.612). Hasil analisis hubungan pula mendapati faktor reka bentuk [r(126)=0.756; p<.01] dan kepuasan pelajar terhadap portal TEKNOPEN [r(126)=0.800; p<.01] mempunyai hubungan positif yang kuat dengan interaksi pelajar dalam portal. Bagi faktor kompetensi ICT pelajar [r(126)=0.399; p<.01] pula, ianya menunjukkan hubungan positif yang sederhana. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan iaitu pengajar perlu sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan menyediakan bantuan serta sokongan semasa proses interaksi dalam talian. Pengajar perlu prihatin terhadap keperluan pelajar dengan memberi maklum balas pada masa yang tepat. Selain daripada itu, penambahbaikkan perlu dibuat terhadap rekabentuk khususnya dari sudut grafik dan warna portal. Fungsi portal juga boleh ditingkatkan dengan menambah aplikasi sistem interaksi secara sinkroni.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 75RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer-assisted instruction
Subject: Group work in education
Subject: Education, Higher - Computer-assisted instruction
Call Number: FPP 2013 75
Chairman Supervisor: Profesor Wan Zah Wan Ali, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Mar 2017 01:59
Last Modified: 29 Mar 2017 01:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49788
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item