Keyword Search:


Bookmark and Share

Persepsi terhadap kredibiliti pemimpin dan penentuan dimensi paling dominan

Abd Aziz, Noor Aisyah and Che Noh, Che Hasniza and Amin, Aziz (2016) Persepsi terhadap kredibiliti pemimpin dan penentuan dimensi paling dominan. Journal of Business and Social Development, 4 (2). pp. 14-24. ISSN 2289-2915

[img] PDF (Abstrak)
34Kb

Official URL: http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285

Abstract

Kredibiliti merupakan elemen penting khususnya dalam kepimpinan. Tanpa kredibiliti, seorang pemimpin dilihat tidak mampu untuk mempengaruhi pengikut dan seterusnya tidak berupaya untuk memimpin. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi kredibiliti yang paling dominan bagi pemimpin berdasarkan kepada persepsi responden. Selain itu, kajian ini ingin mengenal pasti perbezaan faktor demografi dengan persepsi terhadap kredibiliti pemimpin. Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir di institut pengajian tinggi awam sekitar Terengganu dan Kelantan. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tiga dimensi ethos/kredibiliti mengandungi 18 soalan termasuk enam bipolar adjektif dengan merujuk soal selidik yang dikemukan oleh McCroskey dan Teven, (1999). Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tiada perbezaan signifikan antara faktor demografi dan persepsi terhadap kredibiliti pemimpin. Kajian juga mendapati dimensi kredibiliti yang paling dominan ialah kompeten. Kajian ini memberi implikasi bahawa aspek kompeten perlu diberi perhatian khususnya dalam memilih pemimpin atau calon bagi pilihan raya di Malaysia.

Item Type:Article
Keyword:Credibility; Competent; Leader
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
ID Code:48859
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:01 Nov 2016 13:02
Last Modified:01 Nov 2016 13:02

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 01 Nov 2016 13:02.

View statistics for "Persepsi terhadap kredibiliti pemimpin dan penentuan dimensi paling dominan"