UPM Institutional Repository

Makna dan fungsi busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung


Citation

Jusoh, Adilah and Husin, Fazilah (2016) Makna dan fungsi busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung. Journal of Business and Social Development, 4 (2). pp. 58-75. ISSN 2289-2915

Abstract

Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapati NMSA banyak memaparkan gambaran busana yang mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa gambaran busana lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza atau kerapkali juga tidak wujud atau mungkin tidak lagi digunakan dalam konteks semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gambaran busana dalam NMSA dan menghuraikan fungsi, penggunaan dan jenisnya dalam konteks naskhah dan semasa. Analisis teks tertumpu kepada kata yang mewakili beberapa jenis busana daripada kategori pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Kajian mendapati sebahagian besar gambaran busana dalam naskhah ini mempunyai fungsi dan persamaan makna sebagaimana digunakan dalam teks busana moden, dan tidak kurang juga yang sudah lenyap, tidak mempunyai makna atau tidak ditemui makna dalam penggunaan semasa.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Makna dan fungsi busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Words; Apparels; Clothings; Appliances or equipments; Naskhah Melayu Syair Agung
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Nov 2016 05:02
Last Modified: 01 Nov 2016 05:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48856
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item