UPM Institutional Repository

Perkaitan cara gaya ibu bapa dan pendedahan penganiayaan di rumah dengan penyesuaian psikososial remaja di Selangor, Malaysia


Citation

Mohd Yusof, Zalinah (2012) Perkaitan cara gaya ibu bapa dan pendedahan penganiayaan di rumah dengan penyesuaian psikososial remaja di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara cara gaya ibu bapa (permisif,autoritatif dan authoritarian) dan pendedahan penganiayaan di rumah (penderaan fizikal, penderaan emosi dan pengabaian) dengan penyesuaian psikososial (estim diri, tingkah laku bermasalah dan pengabaian) remaja. Sampel kajian terdiri daripada 380 remaja tingkatan satu dan dua daripada empat buah sekolah menengah terpilih di sekitar Sepang, Banting, Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor. Data kajian diperolehi melalui borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Cara gaya ibu bapa telah diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (Buri (1991), pendedahan penganiayaan di rumah diukur dengan ISPCAN Child Abuse Screening Tool ICAST- C (Zolotor, A.J. et. al., 2009), estim diri diukur dengan skala Rosenberg Self-Esteem Scale (Rosenbeg, 1962), tingkah laku bemasalah diukur dengan skala Behavior Rating Index for Children (Stiffman et. al., 1984) dan kemurungan diukur dengan skala Depression Self-Rating Scale (Birleson, 1981). Pencapaian akademik ditentukan oleh purata markah empat matapelajaran utama. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar ibu bapa responden mengamalkan cara gaya ibu bapa autoritatif (42.1%). Paling ramai (69.3%) responden melaporkan terdedah kepada penganiayaan fizikal, diikuti penderaan emosi (66.3%) dan pengabaian (52.4%). Lebih daripada separuh remaja yang dikaji melaporkan estim diri tinggi (51.8%), tiada tingkahlaku bermasalah (54.5%) dan tidak mengalami kemurungan (53.1%). Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara penderaan fizikal,penderaan emosi dan penganiayaan dengan estim diri. Perkaitan yang signifikan juga wujud diantara cara gaya permisif bapa, cara gaya autoritarian bapa, cara gaya permisif ibu, cara gaya autoritarian ibu, penderaan fizikal, penderaan emosi, penganiayaan dengan tingkah laku bermasalah remaja. Hubungan yang signifikan juga wujud antara cara gaya autoritatif bapa, cara gaya autoritarian bapa, cara gaya permisif ibu, cara gaya autoritatif ibu, cara gaya autoritarian ibu, penderaan fizikal dan penderaan emosi dengan kemurungan remaja. Hasil analisis regresi berganda pula mendapati tahap pendidikan ibu bapa. penderaan fizikal,penderaan emosi dan pengabaian menyumbang secara signifikan kepada estim diri remaja. Manakala cara gaya permisif bapa, cara gaya autoritarian bapa, cara gaya permisif ibu, cara gaya autoritarian ibu, penderaan fizikal, penderaan emosi dan pengabaian menyumbang secara signifikan kepada tingkah laku bermasalah remaja. Hasil kajian juga mendapati umur resonden, cara gaya autoritarian bapa, cara gaya autoritatif bapa, cara gaya autoritarian ibu,cara gaya autoritatif ibu, penderaan fizikal dan penderan emosi menyumbang secara signifikan kepada tahap kemurungan remaja. Sebagai kesimpulan, cara gaya yang diamalkan ibu dan bapa dalam berinteraksi dengan remaja dan pendedahan penganiayaan di rumah mempunyai peranan kritikal dalam pembentukan estim diri positif, tingkah laku dan kesihatan psikososial remaja. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas untuk memperkenalkan program pengukuhan cara gaya ibu bapa bagi membantu ibu bapa agar lebih sensitif terhadap situasi di rumah kesannya terhadap perkembangan remaja.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 35R.pdf

Download (791kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Abused parents - Malaysia
Subject: Psychoanalysis - Malaysia
Subject: Behavior disorders in adolescence - Malaysia
Call Number: FEM 2012 35
Chairman Supervisor: Siti Nor Yaacob, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Oct 2016 09:31
Last Modified: 14 Oct 2016 09:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48698
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item