UPM Institutional Repository

Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan (2012) Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Ia merupakan wadah ilmu yang penting bagi orang Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan serantau. Dalam menyelongkar maklumat tentang ilmu tersebut, pengkaji telah memilih beberapa naskhah dijadikan sumber rujukan bagi mencapai matlamat tersebut, iaitu naskhah Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh, Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan buku Warisan Warkah Melayu. Naskhah ini dipilih berdasarkan kepentingan dan kewibawaannya, iaitu lima yang pertama itu telah terpilih sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan Malaysia, manakala dua lagi berkait secara langsung dengan tajuk kajian, iaitu sejarah negeri Kedah dan hubungannya dengan negara luar dan koleksi surat kerajaan Melayu kepada kuasa luar. Permasalahan kajian dalam kajian ini ialah a) apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai masyarakat Islam dalam pembinaan ilmu diplomatik berdasarkan naskhah Melayu terpilih, b) sejauhmanakah strategi diplomatik Melayu memberi impak signifikan kepada pentadbiran dan pemerintahan serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu dahulu, dan c) apakah faktor yang menyebabkan kerencatan ketika melangsungkan atau mengekalkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Permasalahan kajian di atas digarap dalam penyelidikan ini demi mengungkap dan membentuk objektif kajiannya. Hasil daripada garapan itu, maka tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu a) mengenal pasti strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam pembentukan ilmu diplomatik antara kerajaan serantau berdasarkan naskhah Melayu lama terpilih, b) menghuraikan implikasi penting daripada aplikasi strategi diplomatik Melayu terhadap pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu, dan c) menganalisis faktor yang menyebabkan kerencatan dalam mewujudkan dan melangsungkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Kajian ini menggunakan dua buah teori, iaitu yang pertamanya ialah teori diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) dan teori hubungan antarabangsa dalam Islam oleh ‘AbdulHamid ‘A. Abu Sulayman. Pengkaji menggunakan satu pendekatan dalam bidang komunikasi, iaitu pendekatan interaksi dalam menganalisis data penyelidikan. Manakala kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis data. Dapatan kajian ini ialah bahawa terdapat empat strategi hubungan diplomatik yang digunakan oleh kerajaan Melayu, iaitu a) pemilihan dan penghantaran utusan kerajaan, b) warkah Melayu penghubung jalinan diplomatik antara kerajaan, c) pemberian hadiah diplomatik, dan d) kepelbagaian strategi diplomatik. Sementara itu, implikasi dapat dilihat dari sudut politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama. Manakala kerencatan hubungan diplomatik boleh dilihat berdasarkan kegagalan memahami interaksi antara kerajaan, ingin menjadi ‘kerajaan autokratik’, perlanggaran etika dan moral, dan wujud ketegangan dalam jiwa pemimpin.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 39R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Diplomacy
Subject: Malay literature - History and criticism
Call Number: FBMK 2012 39
Chairman Supervisor: Hashim Bin Musa, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Oct 2016 04:41
Last Modified: 14 Oct 2016 04:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48682
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item