UPM Institutional Repository

Proses penyelesaian konflik melalui perundingan sulh


Citation

Mohd Salleh, Mohd Fuad (2006) Proses penyelesaian konflik melalui perundingan sulh. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Konflik adalah fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia. Konflik terjadi apabila satu pihak menghalang, menekan atau memaksa pihak lain yang kemudiannya terasa tergugat dengan tindakan pihak yang pertama. Meskipun konflik boleh diselesaikan oleh pihak-pihak berkonflik namun kerapkali ia memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikannya. Kajian ini bertujuan untuk memahami pengalaman Pegawai Sulh sebagai pihak ketiga dalam menangani konflik suami-isteri Melayu. Kajian menjawab tiga persoalan berikut: (1) Apakah ciri-ciri utama penyelesaian konflik melalui mediasi dari perspektif Sulh?, (2) Bagaimana Pegawai Sulh memainkan peranan sebagai mediator untuk menyelesaikan konflik suami-isteri? dan (3) Apakah kemahiran tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan konflik selain daripada kemahiran asas kaunseling? Pendekatan kualitatif kajian kes dipilih untuk menyempurnakan dan menjawab persoalan kajian. Pendekatan dan kaedah ini dipilih kerana ia mampu menjawab persoalan kajian yang ingin memahami makna dan pengalaman Pegawai Sulh dalam menangani konflik. Teknik temubual separa berstruktur digunakan untuk mengumpul data dari lima orang Pegawai Sulh yang menjadi responden kajian yang menceritakan pengalaman mereka mengendalikan perundingan dalam majlis sulh. Data telah dianalisis dengan membina kategori dan tema untuk menjawab persoalan kajian.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2006_12.pdf

Download (295kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Conflict management.
Subject: Negotiation.
Call Number: FPP 2006 12
Chairman Supervisor: Jamilah Othman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Rosmieza Mat Jusoh
Date Deposited: 31 Mar 2010 02:20
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4798
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item