Keberkesanan modul pengajaran ekosistem hutan tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar

Abdul Mutalib, Kartini (2008) Keberkesanan modul pengajaran ekosistem hutan tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
689Kb

Abstract

Pengetahuan dan sikap pelajar terhadap alam sekitar merupakan satu isu yang diberikan penekanan pada masa kini. Berkaitan isu ini, Jabatan Alam Sekitar, dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan, universiti tempatan dan syarikat swasta, telah membentuk tujuh modul pengajaran untuk kegunaan aktiviti Pendidikan Alam Sekitar di Kem-Kem Kesedaran Alam Sekitar di Malaysia. Sejak modul-modul ini mula digunakan pada tahun 1994, tiada sebarang penilaian telah dilakukan terhadap keberkesanannya. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan salah satu dari modul tersebut, iaitu, Modul Pengajaran Ekosistem Hutan Jabatan Alam Sekitar, dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap ekosistem hutan tropika. Dalam kajian ini, reka bentuk eksperimen dengan pengukuran berulang telah digunakan. Ini melibatkan 240 orang subjek pelajar tingkatan empat daripada empat buah sekolah menengah yang mewakili empat buah negeri dari empat zon di Semenanjung Malaysia. Pemilihan dilakukan secara persampelan rawak mudah daripada senarai sekolah yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Subjek dipadankan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dinilai menggunakan ujian pra (sebelum modul digunakan), ujian pos pertama (sehari selepas modul digunakan) dan ujian pos kedua (satu bulan selepas modul digunakan). Kumpulan kawalan hanya dinilai mengunakan ujian pra dan ujian pos pertama sahaja. Setiap set ujian mengandungi 30 soalan pengetahuan pelbagai pilihan dan 30 pernyataan sikap skala lima Likert.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Rain forest ecology - Study and teaching
Chairman Supervisor:Associate Professor Azizi Hj. Muda, PhD
Call Number:FPAS 2008 2
Faculty or Institute:Faculty of Environmental Studies
ID Code:4770
Deposited By: Rosmieza Mat Jusoh
Deposited On:31 Mar 2010 00:16
Last Modified:27 May 2013 07:18

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 31 Mar 2010 00:16.

View statistics for "Keberkesanan modul pengajaran ekosistem hutan tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.