UPM Institutional Repository

Kajian al I'lal dan al Ibdal dalam kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-'Arba'in


Citation

Che Yaacob, Mohd Azizi (2014) Kajian al I'lal dan al Ibdal dalam kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-'Arba'in. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini mengkaji fenomena penggunaan perkataan al I’lal dan al Ibdal di dalam kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-‘Arba’in. Kepentingan kajian ini adalah untuk menetapkan cara bacaan perkataan kata kerja dan kata nama yang berasal dari wazan yang berbeza samada qiasi dan sima’i. Keperluan untuk memahami proses al I’lal dan al Ibdal ini adalah kerana pengkaji mendapati timbul kesukaran kepada pelajar bahasa arab untuk mengenal pasti kata kerja atau kata nama yang mengandungi al I’lal dan al Ibdal disebabkan mereka tidak mengetahui asal-usul huruf yang berlaku perubahan itu. Pengkaji mendapati kebanyakan pelajar bahasa arab kini mengalami kesukaran memahami isi kitab saraf disebabkan teknik penulisan yang mengikut kaedah penulisan ulamak terdahulu dan penggunaan bahasa arab klasik yang sukar difahami dan kurangnya ujian dan latihan yang menjelaskan perubahan perkataan dengan cara menukar, mengganti atau menggugurkan huruf. Tujuan kajian ini adalah untuk mengeluarkan sebahagian perkataan al I’lal dan al Ibdal untuk dianalisa bagi menetapkan asal huruf illah atau sahih seterusnya menyatakan kedudukan al I’lal dan al Ibdal dan menjelaskan sebab berlaku perubahan pada perkataan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah meninjau, mengumpul dan menganalisa data. Bagi setiap perkataan yang dipilih, pengkaji memfokuskan kepada perbezaan wazan, bahagian, hukum serta sebab berlaku perubahan pada perkataan berkenaan mengikut pandangan dan pendapat ulamak saraf terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua puluh satu hadis yang terdiri daripada lima puluh lima perkataan al I’lal dan al Ibdal dengan mengutamakan perbezaan wazan tanpa mengulangi perkataan yang sama pada wazan dan binaan, dan juga perkataan kata nama dan kata kerja yang terdiri daripada ‘mithal’, ‘ajwaf’ dan ‘naqis’. Pengkaji mendapati perubahan yang berlaku pada perkataan I’lal bil qalbi paling banyak ditemui dalam Kitab Fath al-Mubin li al-Sharh al-‘Arba’in ini berbanding I’lal bil naqli, I’lal bil hazfi dan I’lal bil taskin.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2014 5R.pdf

Download (4MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Pronunciation
Subject: Hadith - Language, Style
Subject: Hadith in literature
Call Number: FBMK 2014 5
Chairman Supervisor: Mohd Azidan Bin Abdul Jabar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Feb 2017 04:48
Last Modified: 28 Feb 2017 04:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42805
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item