Keyword Search:


Bookmark and Share

Analisis kesilapan tersalah letak kata nama bahasa Cina

Ang, Lay Hoon and Lau, Su Kia and Jaswant Singh, Sheena Kaur and Tay, Yang Lian and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina (2013) Analisis kesilapan tersalah letak kata nama bahasa Cina. In: 4th MICFL Malaysia International Conference on Foreign Languages 2013, 3-4 July 2013, Kompleks Seri Negeri, Melaka, Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

312Kb

Official URL: http://umexpert.um.edu.my/file/publication/0000461...

Abstract

Pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua lazim melakukan kesilapan sintaksis dalam ayat bahasa Cina. Didapati bahawa pelajar bukan Cina sentiasa tersalah letak perkataan dalam ayat bahasa Cina yang dibina. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji masalah penyalahletakan kata nama tempat dan kata nama masa dalam ayat bahasa Cina. Demi mengelakkan pelajar bukan Cina melakukan kesilapan urutan kata tersebut, kajian ini juga menyiasat kaedah/teknik pengajaran yang digunakan agar membantu pelajar dalam meletakkan kata nama di kedudukan yang tepat dalam ayat. Seramai 40 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih sebagai sampel kajian ini. Data yang dikaji merupakan ayat yang terdapat kesilapan tersalah letak kedua-dua jenis kata nama tersebut yang dihasilkan oleh sampel kajian dalam penulisan. Data dikenal pasti dan dianalisis secara kualitatif. Selain itu, seramai lima orang pensyarah dan guru bahasa Cina telah ditemu bual dengan soalan separa berstruktur untuk menyiasat kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka. Disebabkan gangguan bahasa ibunda (iaitu bahasa Melayu), pelajar Melayu cenderung meletakkan kedua-dua jenis kata nama tersebut dalam ayat bahasa Cina berdasarkan urutan kata bahasa Melayu. Hasil dapatan temu bual menunjukkan bahawa terdapat 13 jenis kaedah pengajaran yang digunakan. Antaranya kaedah pengajaran yang mewajibkan pelajar bertutur dalam bahasa Cina di kelas, lakon peranan, soal jawab antara pelajar dengan pensyarah/guru bahasa serta kaedah meminta pelajar bertutur dengan penutur natif bahasa Cina di luar kelas bahasa berfungsi untuk membantu pelajar menguasai urutan kata bahasa Cina melalui komunikasi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword:Grammar mistakes; Syntax; Proper nouns; Preposition; Chinese language; Teaching method
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:41175
Deposited By: Nursyafinaz Mohd Noh
Deposited On:28 Oct 2015 16:39
Last Modified:28 Oct 2015 16:39

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Oct 2015 16:39.

View statistics for "Analisis kesilapan tersalah letak kata nama bahasa Cina"