UPM Institutional Repository

Hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Selangor Negeri Selangor


Citation

Embi, Mohd Zainuri (2011) Hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Selangor Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Sukan Sekolah Negeri Selangor. Kajian ini meliputi persepsi pemain dengan gaya kepemimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 130 orang pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun yang berumur dari 16 tahun (26.9%), 17 tahun (63.1%), 18 tahun (5.4%) dan 19 tahun (4.6%) terlibat dalam kajian ini. Para pemain telah menjawab dua set soalan iaitu Skala Kepemimpinan Untuk Sukan (SKS) versi persepsi pemain yang mengandungi 40 soalan dan Group Environment Questionaire (GEQ) yang mengandungi 18 soalan. Data statistik yang didapati diproses menggunakan analisis deskriptif, anova sehala, korelasi dan regresi. Dapatan kajian mendapati pemain bola sepak bawah 18 tahun negeri Selangor lebih menggemari gaya kepemimpinan sokongan sosial manakala lain-lain gaya kepemimpinan adalah sederhana. Pemain-pemain tidak menggemari langsung gaya kepemimpinan autokratik. Sememangnya terdapat hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. Kesemua pemain bola sepak mempunyai hubungan yang sangat jelas dengan kesepaduan berasaskan tugasan berbanding kesepaduan sosial. Dapatan kajian menunjukkan jurulatih menggunakan lebih gaya sokongan sosial agar kesepaduan pasukan dan seterusnya kecemerlangan pasukan tercapai. Di samping itu juga, dapatan kajian menunjukkan jurulatih perlu mempelbagaikan gaya kepemimpinan berdasarkan situasi semasa pada peringkat latihan, pra-pertandingan dan pertandingan sebenar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2011 39R.pdf

Download (951kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Soccer coaches - Selangor
Subject: Soccer - Coaching - Selangor
Subject: Soccer - Management - Case studies
Call Number: FPP 2011 39
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd Sofian Omar Fauzee, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 18 Aug 2015 00:51
Last Modified: 18 Aug 2015 00:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39716
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item