UPM Institutional Repository

Pola susunan maklumat dalam wacana ilmiah


Citation

Salleh, Rose Niza (2011) Pola susunan maklumat dalam wacana ilmiah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Setiap ayat berfungsi untuk menyampaikan maklumat dalam sesuatu wacana. Ayat-ayat yang berkesan lazimnya disusun mengikut pola-pola tertentu yang menggabungkan antara maklumat lama dan maklumat baru. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti, menganalisis dan menghurai pola susunan maklumat yang terdapat dalam wacana ilmiah. Pola-pola susunan maklumat ini akan dikenalpasti berdasarkan kepada jalinan sintaksis yang terdapat dalam wacana bahasa Melayu. Pemilihan wacana ilmiah iaitu makalah yang dimuatkan dalam Jurnal Bahasa, sebagai bahan kajian bukan sahaja dilihat begitu realistik dan sesuai dengan peredaran masa, malahan seiring dengan hakikat sebenar perkembangan bahasa kini. Data dikutip daripada ayat demi ayat dan dihurai berdasarkan kepada pola susunan maklumat yang telah dikemukakan oleh Danes (1974). Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif untuk mempersembahkan data kajian kerana data-data yang diperolehi boleh dihurai dengan lebih menyeluruh dan bermakna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa telah terdapat empat pola susunan maklumat yang lazim telah digunakan dan di aplikasikan oleh penulis-penulis untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca dalam wacana mereka. iaitu pengekalan tema, tema berasal daripada rema, tema berasal daripada hipertema dan tema daripada perincian pecahan bahagian rema. Dapatan kajian juga menunjukkan, dalam wacana bahasa Melayu, pembahagian maklumat lama dan maklumat baru ditandai oleh tema dan rema. Malahan ayat-ayat yang biasa wujud dalam wacana berkenaan, menunjukkan bahawa proses pengaliran maklumat itu berlaku daripada tema kepada rema ayat berkenaan. Hal ini kerana penulis biasanya memilih untuk mewujudkan titik mula perbicaraan di bahagian subjek ayat yang ditandai oleh tema yang menyampaikan maklumat lama. Manakala bahagian predikat ayat yang ditandai oleh rema pula berfungsi untuk menyampaikan maklumat baru yang belum diketahui oleh pembaca. Satu fakta yang penting ialah, bahagian rema dalam ayat bertindak sebagai fokus maklumat. Kajian ini telah dilihat berupaya memberikan beberapa cadangan dan idea yang boleh membantu penulis dan ahli akademik khususnya dalam usaha untuk mewujudkan sistem penulisan wacana yang tersusun dan berpola. Disedari atau tidak, penulis sebenarnya bebas untuk memilih dan menentukan pola-pola susunan maklumat tersebut dan disusun mengikut citarasa dan keselesaan penulis itu sendiri. Malahan penyusunan maklumat dalam ayat demi ayat dengan berdasarkan kepada beberapa pola susunan maklumat yang telah dikenalpasti dilihat berupaya mewujudkan kepelbagaian teknik untuk mempersembahkan maklumat kepada pembaca.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2011 49R.pdf

Download (972kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Discourse analysis
Subject: Discourse analysis
Subject: Discourse analysis, Literary
Call Number: FBMK 2011 49
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Jul 2015 06:43
Last Modified: 28 Jul 2015 06:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39639
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item