Simple Search:

Terowong emas itu


Citation

Anismas AR, (2013) Terowong emas itu. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 9789673443390

Abstract / Synopsis

Puisi Melayu moden (sajak) adalah sejenis karya kreatif yang merupakan saluran pengungkapan pemikiran atau mesej berguna kepada khalayak pembaca di samping turut memaparkan nilai seni dan estetika bahasanya. Insan penyair atau pemuisi dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan bakat semula jadi atau dikenali dengan daya kreativiti yang tinggi, daya renung, daya fikir, daya imaginasi, daya usaha dan daya pohon (doa) demi penghasilan genre puisi untuk tatapan dan penghayatan pengajaran di dalamnya. Puisi memainkan peranan sebagai wadah dakwah (amar ma’ruf nahi mungkar), mengungkapkan segala pengalaman dan kembara kehidupan mengucapkan rasa penuh kesyukuran atas nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan. Selain itu puisi juga berperanan sebagai kata nasihat dan pesanan sambal menghibur khalayak pembacanya melalui nilai seni dan keindahan. Puisi sebagai pengingat dan penginsaf tentang detik kematian yang pasti menjelma. Kumpulan Puisi Terowong Emas Itu mengandungi 100 buah puisi yang menghimpunkan puisi-puisi yang dihasilkan oleh Anismas Ar sejak beliau berusia dalam lingkungan 30-an hinggalah menjejak usia 50 tahun pada tahun 2012.


Download File

[img]
Preview
PDF (Book cover)
terowong emas itu.pdf

Download (148kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book
Call Number: PL5136 A599
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Notes: Anismas Ar merupakan nama pena kepada Samsina Abd. Rahman
Keywords: Anismas AR; Malay poetry
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 07 Aug 2015 09:45
Last Modified: 07 Aug 2015 09:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39424
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item