UPM Institutional Repository

Hubungan tahap visualisasi, strategi kognitif, metakognitif, dan kebolehan spatial dengan tahap pencapaian penyelesaian masalah matematik berayat dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Melaka, Malaysia


Citation

Ahmad, Azizah (2012) Hubungan tahap visualisasi, strategi kognitif, metakognitif, dan kebolehan spatial dengan tahap pencapaian penyelesaian masalah matematik berayat dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Melaka, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pencapaian pelajar semasa menyelesaikan masalah matematik berayat dan hubungannya dengan tahap visualiti, strategi kognitif, kesedaran metakognitif dan tahap kebolehan spatial. Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Empat (n=381) dari sembilan buah sekolah menengah di negeri Melaka. Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah matematik berayat diukur dengan mengguna Mathematical Processing Instrument (MPI). Instrumen yang sama juga digunakan untuk mengenal pasti kebolehan visual pelajar. Kebolehan visual adalah keupayaan menyelesai masalah matematik dengan mengguna visual (gambar atau lakaran) atau tanpa mengguna visual (dipanggil sebagai analitikal). Strategi kognitif dinilai dengan mengguna soal selidik yang diadaptasi dari Somuncuoglu & Yildirim, 1999, manakala kesedaran metakognitif diukur dengan menggunakan Metacognitive Awareness Inventory (MAI) yang digubal oleh Schraw dan Dennison, 1994. Ujian kebolehan spatial pula terdiri daripada set soalan ujian (10 soalan) dimana pelajar perlu mengenalpasti rajah dalam dimensi yang berbeza (dua atau tiga dimensi) dan memilih jawapan yang betul. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung menyelesaikan masalah matematik berayat tanpa menggunakan visual (dipanggil analitikal) berbanding dengan secara visual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan lemah tetapi signifikan antara kebolehan visual responden dengan pencapaian penyelesaian masalah matematik berayat, r (381) = .21, p < .05. Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara strategi kognitif permukaan dan pencapaian menyelesaikan masalah matematik berayat, r (381) = 0.12, p < .05. Analisis regresi pelbagai dilaksanakan untuk mengesan sumbangan faktor-faktor yang telah dikaji iaitu kebolehan visual, strategi kognitif, kesedaran metakognitif dan kebolehan spatial pelajar ke atas pencapaian menyelesaikan masalah matematik berayat. Model regresi ini dengan nilai F = 19.53, p < .05 menunjukkan bahawa sumbangan faktor-faktor ini adalah signifikan. Walau bagaimanapun, statistik t, menunjukkan hanya dua pembolehubah prediktor iaitu kebolehan visual dan kebolehan spatial didapati menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian menyelesaikan masalah matematik berayat.


Download File

[img]
Preview
PDF
IPM 2012 6R.pdf

Download (994kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mathematics - Malaysia - Melaka - Problems, exercises, etc
Subject: Mathematics - Ability testing - Malaysia
Subject: Mathematics - Malaysia - Melaka - Study and teaching (Secondary)
Call Number: IPM 2012 6
Chairman Supervisor: Professor Madya Rohani Ahmad Tarmizi, Ph.D
Divisions: Institute for Mathematical Research
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 03 Jul 2015 07:47
Last Modified: 03 Jul 2015 07:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39349
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item