UPM Institutional Repository

Analisis masa dalam aspek pengajaran pendidikan jasmani dalam kalangan guru opsyen dan guru bukan opsyen di sekolah menengah di Malaysia


Citation

Alauddin, Siti Zarifah (2013) Analisis masa dalam aspek pengajaran pendidikan jasmani dalam kalangan guru opsyen dan guru bukan opsyen di sekolah menengah di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan masa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani (PJ) guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah dan 60 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi respondan dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Borang Penilaian Latihan Mengajar (BPLM) yang diguna oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai panduan dalam menilai pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen PJ di sekolah. Penilaian ini mengandungi 11 item iaitu (1) set induksi, (2) demonstrasi, (3) pemanasan badan, (4) ansur maju, (5) aktiviti berpasangan/kumpulan, (6) gerak kerja kelas/kumpulan, (7) penilaian, (8) gerak kendur, (9) pengurusan peralatan, (10) pengurusan pelajar dan (11) mengemas peralatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan yang wujud bagi aktiviti set induksi (t(58) = 27.02, p =0.01), demonstrasi (t (58) = 2.181, p=0.03), pemanasan badan (t(58)=10.26,p=0.01), aktiviti berpasangan /individu/kumpulan (t (58)= -6.53,p=0.01),gerak kendur (t (58) = 4.72, p=0.01), pengurusan peralatan (t (58) = -8.22,p=0.01), pengurusan pelajar (t (58) = 1.98, p=0.05), dan mengemas peralatan (t (58)= -5.03, p=0.01). Manakala, bagi aktiviti ansur maju, gerak kerja kelas/kumpulan dan aktiviti penilaian keputusan yang tidak signifikan telah dilaporkan. Secara keseluruhan guru opsyen didapati mengajar dan menggunakan masa lebih efisyen berbanding guru bukan opsyen.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 6R.pdf

Download (755kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Physical education teachers - Time management - Malaysia
Subject: Teachers - Time management - Malaysia
Subject: Physical education and training - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Call Number: FPP 2013 6
Chairman Supervisor: Soh Kim Geok, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Jan 2016 06:56
Last Modified: 20 Jan 2016 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39322
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item