UPM Institutional Repository

Hubungan atribut guru permulaan bidang teknik dan vokasional dengan amalan profesional di dalam bilik darjah


Citation

Osman, Norlaila Wati (2012) Hubungan atribut guru permulaan bidang teknik dan vokasional dengan amalan profesional di dalam bilik darjah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah menentukan hubungan atribut guru permulaan Bidang Teknik dan Vokasional (BTV) dengan amalan profesional di dalam bilik darjah. Guru permulaan BTV adalah guru terlatih dari bidang teknik dan vokasional dan baru bertugas dalam tiga tahun pertama pengajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap atribut guru permulaan BTV dari aspek pengetahuan profesional, interaksi sosial dan efikasi kendiri, mengenal pasti tahap amalan profesional guru permulaan BTV di dalam bilik darjah dan menentukan hubungan yang signifikan antara atribut guru permulaan BTV dengan amalan profesional di dalam bilik darjah. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan deskriptif berbentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik untuk mengumpul data kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 222 orang guru permulaan BTV yang mengajar mata pelajaran teknikal, vokasional dan kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional,Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian Biasa di Malaysia. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Atribut guru permulaan BTV yang dikaji merangkumi pengetahuan profesional,interaksi sosial guru dan efikasi kendiri. Pengetahuan profesional meliputi pengetahuan tentang mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi guru. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tahap atribut guru permulaan BTV adalah tinggi (min= 3.68, sp= .37). Dapatan kajian juga menunjukkan pengetahuan profesional guru permulaan BTV adalah pada tahap sederhana dari aspek pengetahuan tentang mata pelajaran (min= 3.59, sp= .54) dan pengetahuan pedagogi (min=3.65, sp= .47) manakala, tahap interaksi sosial guru permulaan BTV adalah tinggi (min= 4.11, sp= .37). Kajian juga menunjukkan bahawa guru permulaan BTV mempunyai tahap efikasi kendiri yang sederhana dalam aspek strategi pengajaran (min= 6.77, sp= .95), pengurusan kelas (min= 6.89, sp= .98) dan penglibatan pelajar (min= 6.70, sp= .94). Selain itu, kajian juga menunjukkan tahap amalan profesional guru permulaan BTV di dalam bilik darjah adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.95, sp= .35). Bagaimanapun, kajian mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara atribut guru permulaan BTV dengan amalan profesional di dalam bilik darjah (r = .66, p < .05). Kajian ini mencadangkan supaya guru permulaan perlu dibimbing supaya mereka akan dapat mempertingkatkan kebolehan-kebolehan yang diperlukan untuk menjadi guru permulaan yang mempunyai atribut yang tinggi dan berkesan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 73 edited.pdf

Download (904kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Vocational education - Malaysia
Subject: First year teachers - Malaysia
Subject: Vocational teachers - Malaysia
Call Number: FPP 2012 73
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ramlah Binti Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 25 Jun 2015 01:04
Last Modified: 25 Jun 2015 01:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39315
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item