UPM Institutional Repository

Kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam debat Bahasa Arab pelajar universiti di Malaysia


Citation

Paharal Radzi, Majdan (2012) Kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam debat Bahasa Arab pelajar universiti di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tidak dapat dinafikan bahawa bagi perajar Bahasa Arab khususnya pendebat memiliki kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam berbahasa. pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menguasai kemahiran inì, antaranya ialah aktiviti debat yang dianggap sebagai salah satu aktiviti yang efektif dan positif Justeru, kajian ini mengenal pasti tahap kemahiran pendebat dalam sebutan huruf dan penyampaian ketika menyertai pertandingan debat Bahasa Arab. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan ananalisis kualitatif dalam menghuraikan aspek sebutan huruf dan penyampaian. Responden dipilih daripada pertandingan debat persahabatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data diambil daripada dua orang pakar yang ditemubual bagi mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Hasil kajian mendapati beberapa huruf konsonan Arab perlu diberi perhatian iaitu; hã,ain' qaf tha, dhad, kha dan sad manakala huruf mad yang paling kerap didapati berlaku kesalahan sebutan iaitu: ya (y) diikuti oleh ,tif dan wau(w). Manakala bagi aspek penyampaian terdapat perkara-perkara penting yang perlu dielakkan, iaitu kekerapan genggaman tangan, ekspresi muka yang tidak bersungguh-sungguh ketika menyampaikan isi, tidak memperlahankan empat perkataan akhir dalam ayat dan kontak mata yang kurang baik dihadapan audiens. Dalam aspek tekanan suara dan intonasi, didapati bahawa para pendebat kurang memberi perhatian ketika menyebut perkataan, tarikh, nama, ayat-ayat positif dan negatif serta apabila melontarkan soalan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 28R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Phonetics
Subject: Arabic language - Phonology
Subject: Debates and debating in literature
Call Number: FBMK 2012 28
Chairman Supervisor: Dr. Che Radiah bt Mezah
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Jul 2015 04:42
Last Modified: 28 Jul 2015 06:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38891
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item