UPM Institutional Repository

Kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak disleksia


Citation

Che Mat, Noor Hayati (2012) Kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak disleksia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran luar biasa dalam membaca, mengeja dan menulis. Kesedaran perihal masalah inilah yang mendorong penyelidik menjalankan satu kajian kes dalam bidang psikolinguistik tentang kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak disleksia di Sekolah Kebangsaan Padang Temu Melaka. Bermula dari Teori Pemprosesan Maklumat oleh Robert M. Gagne (1975) sebagai kerangka teori, kajian ini bertujuan untuk menganalisis suku kata terbuka dan tertutup; mengaplikasikan olahan aktiviti pelbagai deria dan permainan bahasa dalam ujian penguasaan perkataan yang sebenar oleh kanak-kanak Disleksia. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menghasilkan modul olahan pelbagai deria berfokuskan kanakkanak disleksia. Subjek kajian terdiri daripada lima orang kanak-kanak disleksia dari Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka. Mereka sedang menjalani Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di sekolah berkenaan. Dapatan kajian diperoleh daripada data ujian 1 dan ujian 2, soal selidik, ujian saringan ISD, temu bual, pemerhatian serta markah ujian kanak-kanak disleksia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan olahan aktiviti pelbagai deria dapat menyediakan mod pembelajaran bahasa, khususnya penguasaan perkataan yang sesuai dengan kecerdasan minda kanak-kanak disleksia. Di samping itu, penyelidik juga menerapkan elemen permainan bahasa ke dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka. Hasil temu bual dan pemerhatian menunjukkan bahawa elemen permainan bahasa yang telah diubah suai oleh penyelidik berjaya menarik minat dan menimbulkan rasa seronok kepada kanak-kanak disleksia untuk belajar bahasa Melayu yang selama ini dirasai sukar untuk dikuasai. Modul yang dihasilkan oleh penyelidik mengandungi lapan set huruf, iaitu b, d, m, w, n, u, p, dan q. Penyelidik berharap modul ini dapat menjadi saranan yang berkesan untuk mengatasi masalah kekeliruan dan kesukaran membezakan huruf yang seakan-akan sama bentuk dalam kalangan kanak-kanak disleksia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 25R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Dyslexic children - Education - Malaysia
Subject: Dyslexic children - Ability testing
Subject: Psycholinguistics - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FBMK 2012 25
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 May 2015 03:10
Last Modified: 29 May 2015 03:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38882
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item