Keyword Search:


Bookmark and Share

Phd dan saya: antara cita dan air mata

Syed Ismail, Sharifah Norkhadijah and Praveena, Sarva Mangala and Zainal Abidin, Emilia and Rasdi, Irniza (2014) Phd dan saya: antara cita dan air mata. , Serdang, Selangor. ISBN 9789671268001.

[img] PDF (Book cover)
379Kb

Abstract

Buku bertajuk PhD dan Saya. Antara cita dan air mata....merupakan sebuah perkongsian ilmu dan pengalaman empat orang penulis yang disampaikan kepada pembaca dengan objektif untuk menarik perhatian masyarakat umum tentang pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang dianggap sesuatu yang ‘amat sukar untuk dilalui dan dikecapi hingga berjaya’. Kerap kali PhD dikaitkan dengan kepayahan, kesusahan dan ketakutan yang teramat sangat, sehinggakan ia menerbitkan rasa tidak yakin di kalangan pelajar. Atas dasar ini, penulis cuba merungkai serta berkongsi kisah pengalaman masing-masing mengikut sub topik yang relevan dengan pengajian PhD untuk dikongsikan dengan para palajar mahupun keluarga mereka, agar mereka lebih memahami konsep pengajian PhD. Kandungan buku ini akan menceritakan tentang bagaimana penulis menghadapi cabaran menyambung pengajian di dalam dan luar negara, mengurus masa dan penyelia, mengurus keluarga dalam pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab besar yang digalas di bahu dengan kupasan yang lebih terperinci. Buku ini diolah dengan bahasa yang mudah difahami, serta lebih berbentuk santai bagi rujukan pembaca umum. Pelbagai panduan disediakan serta rumusan dan kesimpulan di setiap topik memudahkan pembaca memahami isi penting buku ini. Buku ini amat penting untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan pembaca tentang pengajian PhD dan pentingnya kepada kemampanan kemajuan negara. Akhir sekali, penerbitan buku ini akan menambah koleksi buku dalam bidang motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.

Item Type:Book
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
Publisher:
ID Code:38017
Deposited By: Mohd Hafiz Che Mahasan
Deposited On:26 May 2015 15:43
Last Modified:26 May 2015 15:43

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 26 May 2015 15:43.

View statistics for "Phd dan saya: antara cita dan air mata"