Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor

Sabri, Mohamad Fazli and Yong, Teoh Yong (2006) Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 14 (2). pp. 95-109. ISSN 0128-7702

[img] PDF
5Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 80 orang pekerja daripada syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan 'SPSS for Windows: Lebih daripada 70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden kadangkala menggunakan produk hijau dan sumber utama mereka mendapatkan maklumat tentang produk hijau adalah melalui surat khabar dan televisyen. Responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk hijau. Analisis terperinci mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau (r=0.301, p:O;O.OI). Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. HasH kajian ini memberi implikasi bahawa pihak kerajaan, pengguna, organisasi perniagaan, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Item Type:Article
Keyword:Keprihatinan alam sekitar, kepenggunaan hijau, produk hijau, pengguna
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3585
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:30 Nov 2009 04:18
Last Modified:27 May 2013 07:09

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Nov 2009 04:18.

View statistics for "Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.