Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

Iksan, Zanaton and Halim, Lilia and Osman, Kamisah (2006) Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 14 (2). pp. 131-147. ISSN 0128-7702

[img] PDF
5Mb

Abstract

Kekurangan penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap pelajar terhadap Sains mungkin dapat menawarkan penjelasan kepada masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada penglibatan dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat pendidikan. Kajian dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibina hasil daripada pengubahsuaian instrumen dengan memperoleh nilai kebolehanpercayaan 0.70. Seramai 493 pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap Sains. Soal selidik mengenai sikap terhadap Sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multidimensi (iaitu persepsi terhadap guru Sains, kerisauan terhadap Sains, kepentingan Sains daJam masyarakat, konsep kendiri dalam Sains, keseronokan daJam Sains dan motivasi daJam Sains). Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri daJam Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang Sains seterusnya di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat.

Item Type:Article
Keyword:Pelajar Sains, peringkat menengah, matrikulasi, sikap
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3579
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:30 Nov 2009 04:04
Last Modified:27 May 2013 07:09

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Nov 2009 04:04.

View statistics for "Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.