Perisian Helaian Hamparan (PHH) dengan Program Excel dan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) dalam Pembelajaran Sains: Kesan Ke Atas Persepsi dan Kemahiran Berf'Ikir Pelajar

Osman, Kamisah and Ismail, Nor Liya and Halim, Lilia (2006) Perisian Helaian Hamparan (PHH) dengan Program Excel dan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) dalam Pembelajaran Sains: Kesan Ke Atas Persepsi dan Kemahiran Berf'Ikir Pelajar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 14 (1). pp. 27-41. ISSN 0128-7702

[img] PDF
4Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Perisian Helaian Hamparan (PHH) dengan program Excel dan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berbanding kaedah konvensional dalam pengajaran Fizik. Keberkesanan merujuk kepada persepsi pelajar terhadap penggunaan PHH dengan program Excel dan perisian PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga pemahaman konsep topik yang diajar. Kajian telah dijalankan ke atas 96 orang pelajar Tingkatan Empat melalui pendekatan kuasi eksperimen. Dua set soal selidik yang berbeza, yang kebolehpercayaannya telah ditentukan secara sistematik, telah digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan PHH dengan program Excel dan keberkesanan penggunaan perisian PBK. Pengukuran pencapaian akademik pelajar telah dilakukan dengan menggunakan satu set ujian sumatif. Secara spesifik, kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial (3 x 2 x 2) di mana faktor pertama mengandungi aspek kaedah pengajaran (PHH, PBK, KONV), faktor kedua mewakilijantina pelajar (lelaki, perempuan) dan faktor yang ketiga mengandungi aspek jenis soalan (aras kognitif tinggi, rendah). Analisis statistik yang terlibat ialah statistik deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan statistik inferensi pada aras signifikan 0.05. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kumpulan PHH memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan PHH dalam pembelajaran Fizik, begitu juga dengan pelajar kumpulan PBK. Hasil kajian turut menunjukkan secara keseluruhannya, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (leT) dapat menjana pembelajaran Fizik yang berkesan seperti mana yang diukur oleh ujian pencapaian yang dibina, di mana skor min kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran menggunakan PHH dengan program Excel (62.4) dan menggunakan perisian PBK (60.0) adalah lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional (52.4). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa skor min soalan kognitif tinggi kumpulan PHH dengan program Excel (67.50) dan perisian PBK (61.25) adalah juga lebih baik berbanding dengan rakan mereka dalam kumpulan konvensional (55.53).

Item Type:Article
Keyword:Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), persepsi, kemahiran kognitif, pengajaran dan pembelajaran sains
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3576
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:30 Nov 2009 03:58
Last Modified:27 May 2013 07:09

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.