UPM Institutional Repository

Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran and Raja Ariffin, Raja Masittah and Yusop, Mohd Sharifudin and Mohd Rusli, Nur Farahkhanna (2014) Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci. GEMA Online® Journal of Language Studies, 14 (3). pp. 225-242. ISSN 1675-8021

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [Eh] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [Qh] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokal-vokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengglotisan geseran s dalam bahasa Kerinci.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/6029

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Phonology; Generative; Kerinci language; Malay language; Linguistics
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 Dec 2015 04:26
Last Modified: 29 Sep 2016 01:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34853
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item