Keyword Search:


Bookmark and Share

Wacana cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar Korea

Abd Rahim, Normaliza and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina and Mansor, Nor Shahila (2016) Wacana cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Jurnal Kemanusiaan, 25 (1). pp. 12-21. ISSN 1675-1930

[img] PDF (Abstrak)
33Kb

Official URL: http://www.management.utm.my/jurnal-kemanusiaan/is...

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek pelajar lelaki dan perempuan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Pelajar diberi tiga buah cerita rakyat dan mereka ditemu bual berpandukan kefahaman mereka terhadap cerita tersebut. Perbualan mereka dirakam dan dianalisis dengan menggunakan analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar telah membuat andaian, implikasi, rujukan dan inferens melalui ujaran tentang cerita tersebut. Pelajar berbincang dengan menggunakan ayat-ayat yang berbentuk andaian, implikasi, rujukan dan inferens. Selain itu, pelajar amat menyukai cerita rakyat kerana semua cerita adalah menarik dan mudah untuk difahami. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat membezakan di antara cerita rakyat Melayu dengan cerita rakyat Korea.

Item Type:Article
Keyword:Perception; Malay folklore; Theory of discourse analysis
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
ID Code:34651
Deposited By: Nurul Ainie Mokhtar
Deposited On:19 Sep 2016 17:27
Last Modified:19 Sep 2016 17:27

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 Sep 2016 17:27.

View statistics for "Wacana cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar Korea"