UPM Institutional Repository

Penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan program rakan muda jiran muda


Citation

Mohd Yusof, Wasitah (2012) Penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan program rakan muda jiran muda. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada penerapan elemen Pembangunan Belia Positif dalam perencanaan Program Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positif merupakan satu pendekatan yang memberikan keutamaan kepada golongan muda dengan memfokuskan kepada aset golongan muda. Aset golongan muda terdiri daripada kapasiti, kekuatan dan keperluan pembangunan golongan muda dan bukan kepada kekurangan mereka seperti faktor risiko, tingkah laku negatif dan menimbulkan masalah. Bentuk pembangunan belia yang lepas lebih memberikan pendekatan mengubati dan menangani isu dan permasalahan belia. Oleh yang demikian, melalui program Rakan Muda Jiran Muda, pembentukan kapasiti dan juga penyerlahan potensi belia diketengahkan melalui aktiviti dan modul dalam melaksanakan program ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mendalami prosedur perencanaan yang merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Selain itu, kajin ini juga bertujuan untuk mendalami penerapan elemen-elemen pendekatan Pembangunan Belia Positif dalam perencanaan Program Rakan Muda Jiran Muda dan menjelaskan cabaran dan halangan yang boleh menjejaskan proses penerapan Pembangunan Belia Positif dalam perencanaan Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian exploratory yang menggunakan teknik temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan juga perbincangan kumpulan berfokus. Seramai 13 orang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari peringkat perancangan, pelaksana dan penilai. Lokasi kajian adalah disekitar kawasan Johor, Pulau Pinang dan Kelantan. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Constant Comparative Analysis digunakan bagi menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Rakan Muda Jiran Muda dilaksanakan mengikut proses/prosedur iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap perancangan melibatkan penetapan objektif yang jelas dan pembentukan modul yang holistik juga digarap dalam proses pelaksanaan supaya output yang dihasilkan berkesan. Daripada segi penilaian pula pelbagai langkah diambil supaya adanya nilai tambah dalam memurnikan dan memperbaiki kelemahan dalam Program Rakan Muda Jiran Muda. Daripada segi kedapatan elemen Pembangunan Belia Positif yang diterapkan dalam Kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) melalui pelaksanaan aktiviti di kem RMJM, kajian menunjukkan bahawa pembangunan belia positif dalam program ini menampakkan sesuatu kelainan dari program-program yang lain. Elemen pembangunan belia positif diserapkan ke dalam program ini supaya dapat melahirkan belia yang berpotensi dan mempunyai kekuatannya tersendiri. Hal ini dapat dijelaskan melalui aset luaran dan aset dalaman dalam Pembangunan Belia Positif. Daripada segi halangan dan cabaran pula, terdapat halangan dan cabaran dalam penerapan elemen pembangunan belia positif. Antaranya adalah kefahaman diperingkat perencanaan mengenai konsep pembangunan belia positif Selain itu, daripada segi modal insan dan kepakaran dalam penerapan elemen pembangunan belia positif dan juga masalah kewangan dalam melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan. Justeru, secara keseluruhannya, apa yang lebih penting adalah aktiviti pencegahan yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan belia supaya pembangunan belia hari ini seimbang daripada pelbagai segi yang menumpukan kepada penyerlahan potensi belia hari ini. Pembangunan belia positif menekankan persediaan yang menyeluruh bagi golongan muda untuk berjaya dalam memberi sumbangan mereka sebagai individu yang dewasa daripada memfokus kepada memastikan golongan muda tidak terlibat dalam tingkahlaku yang memberi berisiko. Justeru, melalui pembangunan belia positif, belia hari ini dapat mengembangkan potensi mereka dan juga secara tidak langsung ia dapat membentuk satu komuniti belia yang lebih baik dan holistik.


Download File

[img]
Preview
PDF
IPSS 2012 4R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Youth - Malaysia - Attitudes
Subject: Youth development - Malaysia
Call Number: IPSS 2012 4
Chairman Supervisor: Azimi Hamzah, Ed.D.
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Mar 2015 03:43
Last Modified: 16 Mar 2015 03:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33347
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item