Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah

Sulaiman, Tajularipin (2004) Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
101Kb

Abstract

Pengajaran kemahiran menyiasat telah diberi penekanan dalam kurikulum di peringkat prasekolah dan sekolah rendah kerana ia berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir murid. Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk meneliti tiga persoalan utama dalam pengajaran kemahiran menyiasat iaitu; (a) apakah faktor yang dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pengajaran kemahiran menyiasat, (b) sejauh mana guru membina soalan mengikut Taksonomi Cogaff, dan (c) sejauh mana guru melibatkan kemahiran proses sains dalam aktiviti penyiasatan. Peserta kajian yang dipilih untuk tujuan kajian ini terdiri daripada empat orang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang sama. Guru-guru ini dipilih bagi mewakili setiap kumpulan murid yang diajar dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3 sekolah rendah. Tiga kaedah pengutipan data bagi kajian kes digunakan iaitu pemerhatian, temu bual, dan bukti dokumen. Penyelidik bertindak sebagai pemerhati dalam pengajaran keempat empat orang guru bagi setiap kelas iaitu dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3 sekolah rendah. Data-data yang diperoleh dari ketiga-tiga kaedah ini dianalisis dan dibandingkan dalam membuat suatu rumusan bagi kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa peserta kajian mempertimbangkan 23 faktor dalam perancangan pengajaran. Bagi aktiviti penyoalan, kajian ini mendapati guru paling kerap menggunakan soalan tahap pengetahuan. Tahap soalan yang kedua paling kerap digunakan adalah soalan tahap analisis. Ini memberi peluang kepada murid membuat aktiviti penyiasatan. Dari segi kemahiran proses sains, didapati bahawa kemahiran pemerhatian dan pengelasan merupakan kemahiran proses sains yang paling kerap digunakan oleh guru dalam aktiviti penyiasatan murid. Berdasarkan dapatan yang diperoleh adalah penting bagi guru yang terlibat dalam pengajaran kemahiran menyiasat mempertingkatkan pengetahuan terhadap konsep sains. Guru ini seharusnya diberi pendedahan dan pengalaman tentang konsep sains yang akan diajar. Selain itu, konsep sains yang ingin diajar juga perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Bagi menggalakkan murid berminat mempelajari konsep sains guru juga perlu menggunakan alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur murid. Dalam sesi pengajaran yang dijalankan didapati guru kurang menggunakan soalan afektif dan soalan tahap kognitif tinggi seperti aplikasi, sintesis, dan penilaian. Tahap soalan ini merupakan jenis soalan mencapah yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti penyiasatan. Justeru adalah wajar guru diberi pendedahan dan latihan dalam penggunaan dan pembentukkan tahap soalan ini. Bagi aspek kemahiran proses sains, guru kerap menggunakan kemahiran pemerhatian dan membuat pengelasan. Murid juga kurang diberikan situasi atau fenomena yang menggalakkan penggunaan kemahiran proses sains yang lain seperti membuat ukuran, membuat ramalan, dan membuat inferens dalam aktiviti penyiasatan. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan contoh, masalah, situasi, dan fenomena yang berkaitan dengan konsep sains yang disiasat agar lebih banyak kemahiran proses sains yang dapat dilibatkan dalam aktiviti tersebut.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Teaching - Aids and devices
Subject:Education,Preschool
Chairman Supervisor:Professor Madya Petri Zabariah Megat Abdul Rahman, PhD
Call Number:FPP 2004 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:330
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:05 Jun 2008 18:25
Last Modified:27 May 2013 06:47

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Jun 2008 18:25.

View statistics for "Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.