Simple Search:

Cendekiawan Bahasa Melayu dalam tradisi kesarjanaan barat


Citation

Raja Ariffin, Raja Masittah (2010) Cendekiawan Bahasa Melayu dalam tradisi kesarjanaan barat. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789673441327

Abstract / Synopsis

Apakah istimewanya buku ini sehinggakan anda tidak harus ketinggalan membacanya? Sejarah merakamkan bahawa pada suatu ketika dahulu Kepulauan Melayu merupakan satu kawasan yang luas, yang amat diminati oleh orang Barat. Apakah faktor-faktor yang menggamit mereka datang ke Alam Melayu? Buku ini menggarap tajuk-tajuk tentang sejarah kedatangan sarjana Barat ke Alam Melayu yang didorong oleh pelbagai faktor. Faktor kesarjanaan merupakan faktor penting yang natijahnya berupaya menghasilkan karya-karya penting tentang bahasa dan bangsa Melayu di Alam Melayu. Kelainan buku ini terletak pada kandungannya yang banyak mengemukakan maklumat diri, pendidikan, kajian dan sumbangan para cendekiawan Barat tentang bahasa Melayu. Buku ini juga menyingkap sumbangan penting 40 orang cendekiawan Barat yang mengkaji bahasa-bahasa Austronesia, memaparkan peranan mereka dalam tradisi kajian dan penyusunan perkamusan Melayu dan pengajian Melayu yang berteraskan tradisi kesarjanaan dan persuratan. Penghasilan karya-karya mereka dalam bidang bahasa Melayu khususnya di samping sejarah dan sastera Melayu telah menghidupkan dan mengagungkan bahasa dan bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. Buku ini ada manfaatnya bukan sahaja kepada para pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi sebagai bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara formal, bahkan dapat dimanfaatkan oleh peminat bahasa umumnya, di samping menambah khazanah kepustakaan Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Book cover)
cendekiawan-nahasa-melayu (1).pdf

Download (194kB) | Preview
[img]
Preview
PDF (Synopsis)
synopsis cendekiawan.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malay philology; Philologists
Depositing User: Noor Syafiqah Mohd Hairi
Date Deposited: 28 Aug 2015 11:21
Last Modified: 26 Sep 2015 12:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32684
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item