UPM Institutional Repository

Keterlibatan pelajar luar bandar dalam salah laku seks


Citation

Shafie, Mashitoh (2011) Keterlibatan pelajar luar bandar dalam salah laku seks. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Dalam meneroka pengalaman dan keterlibatan mereka ini, antara aspek-aspek yang dikaji adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini. Teknik temubual mendalam separa berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data dari enam orang pelajar perempuan yang dikenalpasti terlibat dalam masalah ini. Data ini kemudiannya dikategorikan berdasarkan tema yang dibina untuk menjawab persoalan kajian. Untuk tujuan triangulasi, kaedah yang digunakan adalah temubual bersama guru kelas, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gejala salah laku seks dalam kalangan pelajar perempuan di luar bandar berada pada tahap membimbangkan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa aspek-aspek yang dikaji saling berkait dalam mempengaruhi keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Namun begitu, rakan sebaya didapati memberi pengaruh yang sangat besar dalam keterlibatan ini. Pada akhirnya, kajian ini mencadangkan agar semua pihak; ibu bapa, sekolah dan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekang gejala ini daripada terus merebak.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2011 54R.pdf

Download (727kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Children and sex - Malaysia
Subject: Rural teenagers - Sexual behavior - Malaysia
Subject: Malaysian students - Sexual behavior
Call Number: FPP 2011 54
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 Nov 2014 08:35
Last Modified: 17 Nov 2014 08:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32568
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item