Keyword Search:


Bookmark and Share

Al-tadribat al-sarfiyyah

Muhammad, Abdul Halim (2012) Al-tadribat al-sarfiyyah. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789673442959.

[img] PDF (Book cover)
33Kb

Abstract

Morfologi merupakan asas pendahuluan bagi ilmu nahu. Bagi sesiapa yang mahu mengetahui ilmu nahu, ia perlu memulakan dengan tasrif (morfologi). Ini kerana tasrif merupakan sesuatu yang tetap yang menjadi asal kepada pengetahuan nahu yang sentiasa berubah (dari segi I’rabnya). Kelemahan pelajar dalam bahasa Arab adalah disebabkan kelemahan mereka dalam morfologi yang merupakan asas kepada ilmu nahu Arab. Peminggiran aspek morfologi bahasa Arab dan penekanan aspek nahu, pada pandangan penulis buku ini, merupakan suatu pendekatan yang kurang tepat dalam pembinaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Implikasi daripada penekanan tersebut, maka lahirlah pelajar yang mengetahui hukum tatabahasa, tetapi tidak mengetahui bagaimana membina bentuk kata seperti ism fa’il, ism maf’ul, ism makan, ism zaman, masdar dan lain-lain lagi. Bertolak dari kepentingan morfologi dan kekurangan buku morfologi yang bersifat praktis, serta rasa kesedaran terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa Arab, penulis cuba menghulurkan buku yang sederhana bentuk dan isinya ini kepada pelajar dan guru bahasa Arab. Ia merupakan buku morfologi yang unik berbanding dengan buku morfologi yang lain. Buku Al-Tadribat Al-Sarfiyyah ini bukan sahaja menghuraikan kaedah morfologi Arab secara ringkas dan padat, tetapi menyediakan pelbagai bentuk latihan dan aktiviti morfologi yang boleh membantu pelajar meningkatkan penguasaan aspek morfologi Arab. Buku ini sesuai digunakan oleh guru bahasa Arab.

Item Type:Book
Keyword:Morphology; Arabic language
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Putra Malaysia
ID Code:32396
Deposited By: Nadiana Adlia Rusli
Deposited On:24 Nov 2014 08:31
Last Modified:28 Jan 2015 16:46

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 Nov 2014 08:31.

View statistics for "Al-tadribat al-sarfiyyah"