Abdullah, Ahmad Zainuddin and Md. Nor, Nor Ghani and Zaidi, Azlan Syah (1999) Cadangan Model Teoritikal bagi Menilai Kecekapan Pelaburan dalam Pembangunan Tanah Rizab Melayu. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 7 (2). pp. 97-102. ISSN 0128-7702
| PDF 2799Kb |
Abstract
Tanah Rizab Melayu (TRM) meliputi 33.55% tanah di Malaysia yang boleh diusahakan secara produktif. Malangnya banyak kajian yang telah dibuat menunjukkan sumber pengeluaran yang sebegini besar tidak berjaya digembleng oleh pemilik untuk mencapai potensi ekonominya yang sebenar. Penyelesaian kepada masalah ketidakcekapan penggunaan sumber ini memerlukan teori yang boleh menerangkan mengapa keadaan ini wujud. Walaupun ada beberapa idea yang telah dilontarkan untuk menjelaskan- fenomena ini, idea-idea tersebut tidak berdasarkan teori ekonomi yang tegar. Kertas ini mengusulkan satu teori ekonomi yang mudah tetapi tegar, untuk menerangkan (dari segi ekonomi) mengapa pemilik-pemilik TRM membuat pelaburan yang lebih rendah dari tahap yang cekap, sekali gus menerangkan mengapa TRM kurang dibangunkan potensi ekonominya. Kertas ini menyarankan bahawa kos transaksi dan oportunisme akibat dari pemilikan bertindih boleh mengakibatkan kurang berlakunya pembangunan TRM.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Tanah Rizab Melayu, oportunisme, pelaburan optimal, kos transaksi |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3220 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 24 Nov 2009 15:40 |
| Last Modified: | 12 Apr 2010 14:50 |
Repository Staff Only: item control page