UPM Institutional Repository

Hubungan sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam kalangan pelatih sekolah tunas bakti


Citation

Abdurahman, Abdul Raub (2012) Hubungan sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam kalangan pelatih sekolah tunas bakti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemurungan adalah salah satu daripada masalah kesihatan mental. Kemurungan didefinisikan sebagai kehilangan minat dan juga kegembiraan dalam hampir kesemua aktiviti harian sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Sebagai tambahan sekurang-kurangnya empat simptom gangguan daripada senarai yang diperincikan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders IV - DSM-IV (American Psychiatric Association, 1994). Masalah kemurungan berlaku dalam kalangan orang tua dan orang muda berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti. Sekolah Tunas Bakti menempatkan remaja delinkuen juga juvenil delinkuen yang berumur 12 – 18 tahun. Sehubungan dengan itu, sebanyak 10 hipotesis telah dikemukakan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian ex-post facto (jenis korelasi). Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Beck Depression Inventory II (BDI II) untuk mengukur kemurungan, Social Support Behavior (SSB) untuk mengukur sokongan sosial keluarga dan rakan-rakan dan Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) untuk mengukur penghargaan kendiri. Pekali kebolehpercayaan untuk BDI II ialah .79, SSB ialah .96 dan RSES ialah .85. Sementara itu pekali kesahan BDI II ialah .93, SSB ialah .97 dan RSES ialah .90. Sejumlah 155 orang pelatih Sekolah Tunas Bakti telah dipilih secara persampelan rawak mudah. Data-data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Aras kesignifikanan telah ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kemurungan [t(153)=0.670, p >.05], min skor sokongan sosial [t (153)=-1.908, p > .05] dan min penghargaan kendiri [t (153)=1.198, p >.05] antara jantina dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti. Namun hasil analisis ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min skor kemurungan berdasarkan tahap sokongan sosial [F (2, 152)=4.125, p < .05] dan terdapat perbezaan yang signifikan min skor kemurungan berdasarkan tahap penghargaan kendiri [F (2, 152)=3.738, p < .05] dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosial dan kemurungan, [r(153) = -.175, p < .05] serta penghargaan kendiri dan kemurungan, [r(153) = -.207, p < .05] dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti. Hasil analisis regresi yang diperoleh menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu penghargaan kendiri dan sokongan sosial menyumbang secara signifikan sebanyak 7.00% kepada pemboleh ubah kemurungan [F (2, 152) = 5.748, p < .05; R2= .070]. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, kesimpulan boleh dibuat bahawa kemurungan boleh berlaku dalam kalangan remaja delinkuen juga delinkuen juvenil dan ianya perlu ditangani segera. Para kaunselor diharap dapat membantu klien sebelum masalah kesihatan mental ini menjadi lebih kronik. Adalah sangat penting para kaunselor khususnya kaunselor komuniti mengenalpasti masalah kemurungan ini serta faktor-faktor penyebabnya. Adalah diharapkan maklumat ini dapat membantu kaunselor dalam menolong kliennya secara lebih efisyen.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 3R.pdf

Download (815kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Depression in adolescence
Subject: Teenagers with mental disabilities - Social networks
Subject: Self-esteem in adolescence
Call Number: FPP 2012 3
Chairman Supervisor: Profesor Madya Hj. Sidek Mohd Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 04 Feb 2015 03:09
Last Modified: 04 Feb 2015 03:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31637
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item