UPM Institutional Repository

Komunikasi silang budaya oleh pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun


Citation

Abdul Rashid, Roswati and Mamat, Roslina and Yamato, Eriko and Tajuddin, Farah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2013) Komunikasi silang budaya oleh pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun. Global Media Journal – Malaysian Edition, 3 (1). pp. 63-88. ISSN 2231-9948

Abstract

Pemandu pelancong perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapai komunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat yang tepat bagi membentuk pengalaman pelancong terhadap destinasi yang dilawati. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pola komunikasi yang terdapat dalam komunikasi silang budaya antara pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun semasa sesi pemanduan lawatan pelancongan. Perbualan pemandu pelancong dan pelancong dirakam menggunakan IC Recorder. Rakaman video dan catatan pemerhatian turut dilakukan bagi membantu penyediaan transkripsi perbualan. Hasil kajian mendapati bukan sahaja aspek pengetahuan budaya Malaysia dan Jepun yang banyak diaplikasikan tetapi aspek penggunaan bahasa Jepun juga memainkan peranan yang penting dalam komunikasi silang budaya antara kedua belah pihak tersebut. Dapatan daripada kajian ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada pendidik dan perangka silibus pendidikan bahasa Jepun khususnya pendidikan bahasa Jepun untuk pelancongan sebagai panduan dalam meningkatkan penguasaan komunikasi silang budaya dalam kalangan pemandu pelancong di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Komunikasi Silang Budaya Oleh Pemandu Pelancong Malaysia Berbahasa Jepun.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Modern Languages and Communication, University of Putra
Keywords: cross-cultural communication; Travel guides; Japanese language; Tourism; Japanese tourists
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 26 Nov 2015 02:17
Last Modified: 26 Nov 2015 02:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27900
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item