UPM Institutional Repository

Kajian perbandingan persepsi pustakawan universiti penyelidikan dan bukan universiti penyelidikan di Malaysia terhadap kepentingan penyelidikan


Citation

Abdullah, Salmah and Amran, Fatimah Zahrah and Ibrahim, Morni Yati (2014) Kajian perbandingan persepsi pustakawan universiti penyelidikan dan bukan universiti penyelidikan di Malaysia terhadap kepentingan penyelidikan. In: Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia: Transformasi Perpustakaan Dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan, 25-27 Aug. 2013, Melaka, Malaysia. (pp. 258-271).

Abstract

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada lima buah universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara maklumat penubuhan universiti penyelidikan adalah untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkormesilan. Perpustakaan adalah sangat penting sebagai sumber ilmu dalam menyokong aktiviti penyelidikan di universiti. Pustakawan pula memainkan peranan penting dalam mentadbir urus maklumat untuk kegunaan penyelidikan. Kadang kala dalam mentadbir urus maklumat pustakawan akan menghadapi masalah. Penyelidikan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur dan membuat perbandingan persepsi tahap kepentingan penyelidikan di kalangan pustakawan yang berkhidmat di perpustakaan universiti penyelidikan dan bukan universiti penyelidikan di Malaysia. Vorang soal selidik digunakan sebagai instrumen penyelidikan yang melibatkan pustakawan daripada sepuluh buah universiti awam di Malaysia. Sebanyak 376 borang telah deedarkan secara pos kepada universiti berkaitan melalui Ketua Pustakawan masing-masing dari Mac hingga Mei 2012. Hanya 185 borang soal selidik diterima iaitu sebanyak 49.2 peratus kadar dikembalikan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min bagi enam item daripada tujuh item dalam borang soal selidik adalah lebih tinggi bagi universiti penyelidikan berbanding bukan universiti penyelidikan. Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kepentingan penyelidikan antara universiti penyelidikan dan bukan universiti penyelidikan. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penyelidikan kepada pustakawan. Justeru, pustakawan perlu menjalankan penyelidikan untuk membantu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan dengan tugas seharian.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kajian perbandingan persepsi pustakawan universiti penyelidikan dan bukan universiti penyelidikan di Malaysia terhadap kepentingan penyelidikan.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ppm55.org/contoh/

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Keywords: Perception; Librarian; Library; Research; Research usefulness; Research university; Malaysia
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 07 May 2014 03:52
Last Modified: 29 Jul 2016 07:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27815
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item