UPM Institutional Repository

Perbandingan fungsi waw dalam terjemahan surah Al-Mulk


Citation

Mohd Zain, Khairul Amin (2011) Perbandingan fungsi waw dalam terjemahan surah Al-Mulk. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membincangkan terjemahan waw yang seringkali disalahterjemahkan dengan padanan dan sahaja. Penggunaan penanda wacana yang tidak tepat memberi impak kepada ketenunan dan ketekstualan teks. Permasalahan ini lebih ketara berlaku dalam terjemahan teks agama terutamanya terjemahan makna al-Qur’an. Secara umumnya kajian ini menumpukan kepada terjemahan tiga jenis waw, iaitu waw al-catf, waw al-hal dan waw al-isti’naf . Kajian ini antara lain bertujuan untuk mencari padanan yang sesuai bagi huruf-huruf waw tersebut. Alternatif bagi penyelesaian permasalahan terjemahan waw ini dibincangkan berasaskan kepada pengaplikasian teori wacana yang diperkenalkan oleh Halliday dan Hasan (1976). Terlebih dahulu, fungsi dan waw dilihat dari sudut retorik Arab. Dalam teori tersebut, Halliday dan Hasan telah membahagikan maksud penanda wacana kepada empat, iaitu maksud tambahan, pertentangan, masa-ketika, dan sebab musabab. Bagi memperlihatkan maksud-maksud waw tersebut, ayat-ayat dalam surah al-Mulk dianalisis menggunakan pendekatan kajian korpus kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah memilih dua hasil terjemahan tersohor sebagai korpus. Kedua-dua terjemahan ini dibandingkan untuk meneliti kesemua maksud huruf waw tersebut. Bagi menentukan maksud huruf juga, konteks ayat dilihat melalui penafsiran ayat. Daripada analisis data ini dapat dirumuskan bahawa waw al-catf mengandungi maksud tambahan dan pertentangan dan waw al-hal pula bermaksud masa-ketika dan pertentangan. Manakala waw al-isti’naf , tiada penanda wacana dalam bahasa Melayu yang mewakilinya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2011 57R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Qur'an - Translating
Subject: Arabic language - Translations into Malay
Subject: Translating and interpreting - Comparative studies
Call Number: FBMK 2011 57
Chairman Supervisor: Muhammad Fauzi bin Jumingan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Feb 2014 00:47
Last Modified: 28 Feb 2014 00:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27354
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item