UPM Institutional Repository

Hubungan antara faktor keluarga dan amalan beragama, dengan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor, Malaysia.


Citation

Abd. Hamid, Zulkifli (2011) Hubungan antara faktor keluarga dan amalan beragama, dengan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap Status Sosio Ekonomi (SSE), penglibatan ibu bapa di rumah dan amalan beragama dengan pencapaian akademik pelajar – pelajar miskin di negeri Selangor. Seramai 180 orang pelajar miskin yang tinggal di rumah bersama keluarga terlibat dalam kajian ini. Sosio ekonomi ibu bapa diukur daripada aspek pekerjaan, pendidikan dan pendapatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah diukur dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah. Manakala amalan beragama pelajar pula diukur daripada aspek akidah, ibadah dan akhlak pelajar dalam kehidupan seharian. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap rendah di antara tahap pendidikan bapa dengan pencapaian akademik keseluruhan (r= .281 dan sig. 00<.01), pendapatan bapa dengan pencapaian akademik keseluruhan (r= .479 dan sig. 00<.01), tidak terdapatnya hubungan pendapatan ibu dengan pencapaian akademik (r=.036 dan sig.640<01), tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu dengan pencapaian akademik (r=.054 dan sig.479<01), pekerjaan ibu bapa pula secara keseluruhannya memberikan gambaran pencapaian akademik yang berbeza mengikut tahap pekerjaan seperti ibu bapa pelajar yang bekerja di sektor kerajaan mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi. Kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik iaitu terdapat hubungan yang signifikan pada tahap tinggi di antara perbincangan ibu bapa dan anak di rumah (r= .772 dan sig. 00<.01), penyeliaan ibu bapa dan anak dirumah (r=.739 dan sig.=.00<.05), komunikasi ibu bapa dan anak dirumah (r=.856 dan sig. .000<.01), juga terdapatnya hubungan yang signifikan antara amalan beragama dengan pencapaian akademik iaitu akidah (r=.731 dan sig.=00<.01), ibadah (r=.737 dan sig. 00<.01), akhlak (r=.691 dan sig. 00<.01) adalah pada tahap sederhana. Penemuan kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dan amalan beragama di kalangan pelajar merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Tumpuan haruslah diberikan kepada penglibatan ibu bapa di rumah dan amalan beragama di kalangan pelajar secara khusus berbanding dengan SSE yang mana ia merupakan faktor yang telah dibantu oleh pihak kerajaan. Hasil kajian ini juga telah mencadangkan membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan melalui pembangunan modal insan.


Download File

[img]
Preview
PDF
IPSS 2011 3R.pdf

Download (678kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Academic achievement - Family relationships - Selangor
Subject: Academic achievement - Selangor - Religious aspects
Subject: Poor - Selangor - Education
Call Number: IPSS 2011 3
Chairman Supervisor: Jamilah Othman, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 05:48
Last Modified: 26 Jan 2022 05:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27004
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item