UPM Institutional Repository

Penerapan elemen ilmu oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran pendidikan Islam sekolah menengah.


Citation

Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Alwi, Nor Hayati and Suhid, Asmawati Penerapan elemen ilmu oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran pendidikan Islam sekolah menengah. In: Wacana Pendidikan Islam Siri ke-9 Peringkat Serantau: "Memartabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Serantau", 24-28 Sep 2013, Brunei Darussalam. .

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang elemen ilmu dan proses elemen berkenaan diterap dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah oleh guru-guru Pendidikan Islam. Elemen ilmu ialah antara elemen Falsafah Pendidikan Islam yang perlu diterap dalam pengajaran. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini bagi meneliti elemen ilmu dan proses ia diterap dalam pengajaran. Manakala kaedah utama pengumpulan data ialah menerusi temu bual mendalam. Sementara itu, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen turut dijalankan sebagai data sokongan. Seramai lapan orang guru Pendidikan Islam terpilih sebagai subjek kajian. Kesemua guru Pendidikan Islam didapati menerapkan elemen ilmu dalam pengajaran mereka bertepatan dengan kurikulum dan falsafah yang telah ditentukan Proses guru menerapkan elemen ilmu pula merangkumi aktiviti-aktiviti yang memastikan pelajar dapat mengingati, memahami dan berfikir. Di samping itu, guru-guru turut menjalankan aktiviti bimbingan untuk pelajar yang lemah sementara aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk pelajar yang lebih tinggi pencapaian akademik. Walaupun begitu, adalah didapati proses guru menerapkan elemen ilmu lebih cenderung kepada aktiviti yang tertumpu kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar. Implikasi kajian dikemukakan berdasarkan dapatan kajian serta cadangan untuk kajian pada masa hadapan turut dibincangkan.


Download File

[img] PDF
ID 26692.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (616kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Islamic education; Islamic religious education; Islam; Study and teaching.
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 08 Nov 2013 03:06
Last Modified: 26 Aug 2014 08:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26692
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item