Keyword Search:


Bookmark and Share

Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble.

[img] PDF
137Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/berita/details/UPMstudenttri...

Abstract

SERDANG, 9 Sept (UPM) – Walaupun Nor Aslinda binti Abdul Rahman mengikuti pengajian Petrokimia namun beliau terbukti juga cekap dalam selok belok perniagaan apabila muncul juara dalam satu pertandingan anjuran Procter & Gamble, sebuah syarikat gergasi multi-nasional Amerika yang mengeluarkan sejumlah besar barangan pengguna. Aslinda, 21, berasal dari Batu Pahat dijadual akan memulakan pengajian tahun ketiga untuk ijazah Bacelor dari Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia semester akan datang Persoalannya bagaimana seorang pelajar sains boleh melibatkan diri dalam satu pertandingan bidang perniagaan dianjurkan oleh syarikat pembuat barangan seperti kosmetik, sabun pencuci, ubat-ubatan dan lampin bayi? Segalanya bermula apabila beliau mengetahui mengenai pertandingan itu daripada Prof Madya Dr Zulhamri Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM) yang juga mengajar satu kursus wajib iaitu asas keusahawanan kepada semua mahasiswa UPM. Beliau lantas mendaftar menyertai pertandingan berkenaan, ASEAN Business Challenge (ABC) 2013 dianjurkan Mac lalu oleh Procter and Gamble (dikenali ramai sebagai P & G) dengan kerjasama CEM.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
Publisher:Universiti Putra Malaysia
ID Code:26508
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:12 Sep 2013 10:09
Last Modified:12 Sep 2013 10:09

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 Sep 2013 10:09.

View statistics for "Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble"