UPM Institutional Repository

Tiga pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara 2011 & 2012


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Tiga pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara 2011 & 2012. [UPM News]

Abstract

Putrajaya, 21 Ogos (UPM) - Universiti Putra Malaysia berjaya meraih tiga anugerah di Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 & 2012 yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin di Hotel Marriott, Putrajaya, malam tadi. Anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidikan itu merupakan pengiktirafan tertinggi pihak kerajaan kepada ahli akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam bidang masing-masing yang telah memberi sumbangan yang tinggi dan cemerlang kepada perkembangan pendidikan dan pembangunan negara. Pensyarah UPM yang telah menerima anugerah itu ialah: * Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk) * Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan ( Anugerah Ahli Akademik Harapan), dan * Dr. Joanne Yeoh Pei Sze, Ketua Jabatan Muzik Fakulti Ekologi Manusia (Anugerah Seni Dan Kreativiti - Kelompok Seni Persembahan)


Download File

[img]
Preview
PDF
Tiga pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara 2011 & 2012.pdf

Download (184kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Sep 2013 01:43
Last Modified: 12 Sep 2013 01:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26502
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item