UPM Institutional Repository

Alat pengesan ciptaan UPM boleh selamatkan pesakit akibat kencing tikus


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Alat pengesan ciptaan UPM boleh selamatkan pesakit akibat kencing tikus. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 1 Ogos (UPM) – Satu alat pengesan dicipta oleh seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menentukan sama ada seseorang itu terkena serangan penyakit kencing tikus boleh menyelamatkan nyawa daripada kira-kira 500,000 orang di dunia yang terkena penyakit yang boleh membawa maut itu setiap tahun. Alat ujian itu, LeptoScan2, mampu mengesan kehadiran bakteria leptospirosis dalam darah pesakit dalam masa kurang 15 minit walaupun pada tahap awal jangkitan penyakit itu, tidak seperti produk lain di pasaran yang hanya dapat memberikan keputusan berdasarkan antibodi dihasilkan selepas tujuh hari atau lebih setelah pesakit dijangkiti. Alat itu, serupa dengan digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengesan gula dalam darah, memerlukan satu titisan darah pesakit bagi mengesahkan kehadiran leptospirosis menerusi protein bakteria itu, kata penciptanya Prof Dato’ Dr Abdul Rani Bahaman, 65, seorang pensyarah kanan dengan Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterina, Fakulti Perubatan Veterina UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Alat pengesan ciptaan UPM boleh selamatkan pesakit akibat kencing tikus.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Sep 2013 01:24
Last Modified: 12 Sep 2013 01:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26500
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item