UPM Institutional Repository

Pembangunan perisian kursus hukum Newton peringkat pra-universiti.


Citation

Noordin, Norita (2011) Pembangunan perisian kursus hukum Newton peringkat pra-universiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemampuan seseorang pelajar menyelesaikan masalah adalah faktor terpenting dalam pembelajaran sains, terutamanya bidang fizik. Kemahiran menyelesaikan masalah juga merupakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik dari segi konsep dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam subjek Fizik. Soalan-soalan berbentuk masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar Fizik lazimnya dikemukakan dalam berbagai bentuk, dan juga melibatkan mungkin lebih daripada satu konsep atau prinsip dalam satu-satu soalan. Tujuan utama kajian ini adalah merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian kursus untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah hukum Newton bagi pelajar-pelajar pada peringkat pra-universiti. Ciri utama perisian ini adalah membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar fizik, khusus dalam topik mekanik yang melibatkan hukum-hukum Newton. Keputusan ujian rintis yang menunjukkan bahawa kelemahan utama pelajar dalam melukis rajah jasad bebas dan meleraikan daya semasa menyelesaikan masalah yang diberi telah dijadikan sebagai panduan dan penekanan dalam merancang isi kandungan perisian. Perisian dibangunkan berdasarkan kepada model Hannafin dan Peck. Kajian dijalankan menggunakan rekabentuk quasi-eksperimental dengan hanya mempunyai ujian pasca sahaja. Responden kajian seramai 164 orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang mengunakan perisian, dinamakan sebagai kumpulan eksperimen (EKS) dan yang tidak menggunakan perisian dinamakan sebagai kumpulan kawalan (KWL). Keputusan ujian pencapaian pasca (UPP) menunjukkan skor min bagi kumpulan EKS adalah lebih tinggi berbanding kumpulan KWL terutamanya bagi kemahiran melukis rajah jasad bebas dan menulis persamaan yang betul. Ujian-t yang dijalankan ke atas setiap langkah penyelesaian bagi ketiga-tiga masalah pula menunjukkan nilai sigma dua hujung bagi setiap item ialah 0.00, nilai ini lebih kecil daripada 0.05. Keputusan kajian adalah signifikan (p < 0.05). Terdapat perbezaan di antara kedua-dua kumpulan EKS dan KWL bagi setiap item yang diuji. Kumpulan pelajar yang menggunakan perisian kursus menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik berbanding kumpulan yang tidak menggunakan perisian. Analisis persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus berdasarkan ujian soal-selidik (USS) kumpulan EKS menunjukkan responden berpuas hati dengan perisian yang digunakan dengan nilai purata min keseluruhan melebihi 3.0 (min 3.42, sisihan piawai 0.57) bagi setiap item yang dinilai. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi bagi ítem-item yang terdapat di dalam soal selidik ialah 0.94. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu para pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah dan mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dan berkesan dalam tajuk mekanik, khususnya hukum Newton. Dapatan kajian sangat berguna kepada para pendidik yang berminat membangunkan bahan bantú mengajar menggunakan kemahiran teknologi maklumat bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap hukum gerakan Newton.


Download File

[img]
Preview
PDF
FS 2011 102R.pdf

Download (640kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Newton-Raphson method - Study and teaching (Higher)
Subject: Computer software - Development
Call Number: FS 2011 102
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zainal Abidin bin Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Science
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 05:30
Last Modified: 26 Jan 2022 05:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26484
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item