UPM Institutional Repository

Fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di luar bandar Malaysia


Citation

Mustafa, Mohd Nuri and Suandi, Turiman and Hamzah, Azimi and Ismail, Ismi Arif (2016) Fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di luar bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 25 (2). pp. 10-34. ISSN 1675-1930

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kes tentang fenomena belia remaja delinkuen yang berlaku di pusat pengajian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di luar bandar Malaysia. Pelbagai pihak telah pun berusaha untuk memahami dan membuat penyelidikan dengan pelbagai dapatan yang diperolehi. Namun penyelidikan tersebut tidak dapat menjadi input bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam diri para belia, bahkan belia remaja makin bertambah terlibat dengan gejala delinkuen. Dalam kajian ini pengkaji telah melakukan tumpuan itu bagi memahami perlakuan tersebut dengan membuat pemahaman terperinci terhadap masalah psikologi, pegangan agama dan kecerdasan emosi. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa ciri-ciri psikologi belia yang delinkuen adalah Rendah Penerimaan Kendiri, Kuasa Autonomi Pasif, Kemesraan Bersama Kawan, Bertindak Agresif, Ada Matlamat Hidup, Rendah Penghargaan Kendiri. Manakala pegangan agama dan kecerdasan emosi menunjukkan mereka adalah Lemah Mengurus Tekanan Emosi, Ingin Mencuba, Lemah Pegangan Agama, Rendah Kawalan Emosi Kendiri. Tiada kesedaran potensi diri. Di samping itu terdapat faktor luaran yang paling dekat dari pengaruh rakan sebaya dan pengaruh keluarga yang kurang berperanan tanggungjawab mereka dalam membentuk remaja sehingga menyumbang kepada tingkah laku delinkuen.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di luar bandar Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia
Keywords: Phenomenon; Delinquent; Peer; Psychology; Emotional intelligence
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 22 Oct 2013 04:07
Last Modified: 19 Sep 2016 09:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/25355
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item