UPM Institutional Repository

Lapan Pelajar UPM Sumbang Malaysia 1 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa Sukan Asia Ke-16


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Lapan Pelajar UPM Sumbang Malaysia 1 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa Sukan Asia Ke-16. [UPM News]

Abstract

GUANGZHOU: Lapan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbangkan satu pingat emas, empat perak dan satu gangsa buat negara dalam Sukan Asia Ke-16 di sini setakat ini. Pingat emas pelajar UPM, Chai Fong Ying, 24, membuka emas pertama negara dalam acara Taijiquan dan Taijijian sukan Wushu dengan 19.36 mata menewaskan pencabar terdekat Miyaoka Ai dari Jepun (19.34) dan Men Ching Ni dari Taiwan (19.33). Dua pingat perak disumbangkan oleh Leong Mun Yee, 26 dalam acara 3 meter papan anjal seirama dan acara terjun 10 meter platform. Mun Yee yang bergandingan dengan Pandalela berjaya memperoleh kutipan 311 mata untuk berada di tempat kedua di belakang peserta China, Chen Ruolin dan Wang Hao yang mengutip 360 mata. Gangsa pula milik penerjun Korea Utara Choe Kum Hui dan Kim Un Yang dengan pungutan mata 284.64. Menurut Mun Yee walaupun gagal memperolehi emas, dia tetap gembira membuktikan atlet Malaysia bertaraf dunia dan boleh menyaingi penerjun China. Pingat perak ketiga diraih oleh pasukan hoki lelaki yang disertai oleh lima pelajar UPM apabila tewas kepada Pakistan 0-2 dalam perlawanan akhir. Pingat perak keempat disumbangkan oleh Ivan Yuen Chee Wern dalam acara Squasy berpasukan lelaki yang juga terdiri daripada Mohd. Azlan Iskandar, Ong Beng Hee dan Mohd Nafizwan setelah tewas kepada Pakistan 0-2. Satu pingat gangsa disumbangkan oleh Cheong Jun Hoong, 20, dalam acara 1 meter papan anjal dengan mengutip 271 mata di belakang dua penerjun China iaitu Wu Minxia (emas) dan Zheng Shuangxue (perak). Seramai 44 pelajar UPM daripada 333 atlet Malaysia membentuk wakil teramai institusi pengajian tinggi dalam Sukan Asia kali ini iaitu dalam sukan memanah, olah raga, tenpin boling, kriket, lumba basikal, terjun, hoki, ragbi, pelayaran, menembak, skuasy, renang, renang berirama, taekwando dan wushu.


Download File

[img]
Preview
PDF
Lapan_Pelajar_UPM_Sumbang_Malaysia.pdf

Download (113kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 13 Nov 2009 03:52
Last Modified: 27 May 2013 07:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2434
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item