Keyword Search:


Bookmark and Share

Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang

Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin and Abd Latib, Mohamad Fauzi and Rosnon, Mohd Roslan (2011) Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang. Malaysian Journal of Youth Studies, 4 . pp. 147-165. ISSN 2180-1649

[img] PDF (Abstrak)
34Kb

Official URL: http://www.ippbm.gov.my/index.php?option=com_conte...

Abstract

Kajian berfokus kepada permasalahan, faktor penyumbang serta atribusi sosial berkaitan pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia Melayu di Penjara Pulau Pinang. Responden kajian merupakan banduan belia berbangsa Melayu yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Pulau Pinang dan pernah mengalami pengulangan penagihan dadah. Kajian yang dilaksanakan ini akan cuba mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan responden kembali mengambil dadah semula setelah mengikuti program pemulihan di Penjara Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang belia yang merupakan banduan di Penjara Pulau Pinang dan berumur antara 21 tahun sehingga 40 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Penemuan kajian ini mendapati antara faktor-faktor penyebab responden kembali mengambil dadah adalah ingatan responden pada dadah masih lagi kuat, hati tidak kuat untuk melawan keinginan terhadap dadah, belum wujud keinginan untuk berhenti dari mengambil dadah, sikap dan stigma masyarakat yang memandang negatif, ketiadaan pekerjaan dan wang untuk menampung kehidupan dan kembali bergaul dengan rakan-rakan yang masih lagi mengambil dadah. Cadangan program dan cadangan kajian akan datang dikemukakan berdasarkan kepada hasil penemuan dan analisis transkrip temu bual dengan responden belia penagih berulang.

Item Type:Article
Keyword:Youth; Drug addiction relapses; Prisoners; Social work; Psychological attributes
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
Publisher:Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
ID Code:22634
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:23 Nov 2015 12:28
Last Modified:23 Nov 2015 12:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Nov 2015 12:28.

View statistics for "Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang"