UPM Institutional Repository

UPM hargai 2 mantan Naib Canselor, ahli akademik cemerlang


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) UPM hargai 2 mantan Naib Canselor, ahli akademik cemerlang. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 9 Mei (UPM) - Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menghargai dua mantan Naib Canselor dengan “Anugerah Khas Akademia Putra” sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka kepada pembangunan dan kemajuan universiti dan negara. Turut diiktiraf dan diberi anugerah untuk khidmat cemerlang tahun lalu adalah 14 kakitangan akademik dan dua bukan akademik dalam satu majlis di sini. Dua mantan Naib Canselor itu, Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, menerima Anugerah Khas Akademia Putra daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Tuanku Canselor UPM. Seramai 13 daripada ahli akademik dan dua bukan akademik itu menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor 2012, manakala seorang lagi menerima Anugerah Perunding Cemerlang di majlis itu.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_hargai_2_mantan_Naib_Canselor,_ahli_akademik_cemerlang.pdf

Download (111kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 May 2013 02:55
Last Modified: 27 May 2013 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21852
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item