Keyword Search:


Bookmark and Share

Pelajar kejuruteraan terbaik mengimpikan pemilikan kedai kopi

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelajar kejuruteraan terbaik mengimpikan pemilikan kedai kopi.

[img] PDF
51Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/berita/details/pelajarkimiak...

Abstract

SERDANG, 8 Mei (UPM) - Ketika masih kanak-kanak, impiannya hanyalah untuk memilki sebuah kedai kopi berhampiran rumahnya di Pulau Pinang tetapi kini beliau berazam menjadi seorang jurutera kimia sepenuh masa dengan matlamat untuk menyelesaikan isu tenaga masakini. Saw Ting Yik, 23, yang mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan memenangi Pingat Emas sebagai pelajar tahun akhir kejuruteraan terbaik daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM) akan menamatkan pengajian kejuruteraan kimianya pada Julai dan bergraduat pada Oktober tahun ini. Beliau adalah salah seorang daripada dua pelajar tahun akhir kejuruteraan yang menerima anugerah Emas IEM di satu majlis jamuan pada 20 April lalu. Seorang lagi penerima adalah pelajar wanita daripada UNIMAS. Mereka dipilih daripada kalangan semua pelajar tahun akhir kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi awam Malaysia berdasarkan prestasi akademik dan kegiatan ko-korikulum.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
Publisher:Universiti Putra Malaysia
ID Code:21851
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:23 May 2013 10:42
Last Modified:27 May 2013 16:19

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 May 2013 10:42.

View statistics for "Pelajar kejuruteraan terbaik mengimpikan pemilikan kedai kopi "