UPM Institutional Repository

Hubungan Pengetahuan, Ancaman Amatan dan Tanda Tindakan Terhadap Tingkah Laku Keselamatan Makanan dalam Kalangan Murid Bidang Pemakanan


Citation

Piee @ Shafiee, Nor Faradillah (2011) Hubungan Pengetahuan, Ancaman Amatan dan Tanda Tindakan Terhadap Tingkah Laku Keselamatan Makanan dalam Kalangan Murid Bidang Pemakanan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, ancaman amatan, tanda tindakan dan tingkah laku keselamatan makanan dalam kalangan murid bidang pemakanan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di Semenanjung Malaysia. Seterusnya kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara pengetahuan, ancaman amatan dan tanda tindakan terhadap tingkah laku keselamatan makanan dalam kalangan murid Aspek yang diukur dalam pengetahuan keselamatan makanan adalah berkaitan tentang kebersihan diri, pengendalian makanan dan keracunan makanan. Ancaman amatan pula diukur bagi mengetahui kerentanan amatan dan keterukan amatan murid mengenai keracunan makanan. Tanda tindakan diukur dengan mengenalpasti sumber yang mempengaruhi murid untuk mengamalkan tingkah laku keselamatan makanan yang baik iaitu melalui media massa dan media cetak, komunikasi antara guru, rakan dan ibu bapa serta label keselamatan makanan yang terdapat pada pek pembungkus makanan. Tingkah laku pula diukur dengan mengenalpasti aspek kebersihan diri, pengendalian makanan dan pencegahan keracunan makanan. Kajian ini dijalankan di lima buah SMT dan SMV di Semenanjung Malaysia yang melibatkan seramai 266 orang murid Pengurusan Makanan, Katering, dan Bakeri. Kaedah persampelan rawak berlapis digunakan bagi memilih sampel setiap kursus. Statistik deskriptif (min, peratus, frekuensi dan sisihan piawai) dan inferensi (korelasi Pearson R) digunakan untuk menganalisis data dalam membentangkan dapatan kajian. Min skor keseluruhan bagi pemboleh ubah pengetahuan ini ialah sebanyak 34.80 daripada 40 bagi skor keseluruhan. Min bagi pembolehubah kerentanan amatan ialah 3.99 manakala skor min keterukan amatan ialah 4.2. Skor min tanda tindakan pula ialah 2.20 manakala skor min tingkah laku ialah 1.80. Bagi melihat hubungan setiap pemboleh ubah, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ancaman amatan iaitu kerentanan amatan (r =.169, p < .05) dan keterukan amatan (r = .210, p < .05) dengan tingkah laku keselamatan makanan. Hubungan antara tanda tindakan dengan tingkah laku keselamatan makanan menunjukkan hubungan yang signifikan (r = .496, p < .05). Walaubagaimanapun, dapatan kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan tingkah laku keselamatan makanan. Kesimpulannya, berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian ini, didapati bahawa dapatan ini adalah selari dengan kerangka kajian. Penyelidikan ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian telah menjawab tahap pengetahuan, tahap ancaman amatan, tahap tanda tindakan dan tahap tingkah laku keselamatan makanan dalam kalangan murid. Hubungan antara pengetahuan, ancaman amatan dan tanda tindakan dengan tingkah laku keselamatan makanan turut dikenalpasti. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan kepada pihak sekolah dan pihak pentadbir serta cadangan penyelidikan lanjutan turut dikemukakan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2011_19_IR.pdf

Download (407kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Food - Safety measures
Subject: Food - Study and teaching (Secondary)
Subject: Food industry and trade - Safety measures
Call Number: FPP 2011 19
Chairman Supervisor: Professor Madya Rosini Abu, Ed. D
Divisions: Faculty of Educational Studies
Notes: Professor Madya Rosini Abu, Ed. D
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 04:31
Last Modified: 26 Jan 2022 04:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20847
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item