UPM Institutional Repository

Penilaian pelaksanaan Skim Book Plan


Citation

Konting, Mohd Majid and Ahmad, Mansor and Ghozali, Nor Edrin Adlina and Abd. Salam, Muhammad Asrul and Ismail, Ikhwan (2007) Penilaian pelaksanaan Skim Book Plan. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 127-134).

Abstract

Skim Book Plan diwujudkan di Universiti Putra Malaysia dengan tujuan untuk memudahkan pelajar baharu mengikuti program pengajian seawal pada semester pertama di universiti. Objektif utama skim ini adalah untuk (1) menyokong pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered learning - SCl) yang mana pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (2) menggalakkan budaya membeli buku asli, dan (3) menerap kesedaran, pengiktirafan dan pemeliharaan kepentingan harla intelek para i1muan dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan skim ini melibatkan pelbagai pihak sebagai pengurus, pelaksana dan penjual buku serla bahan pembelajaran. Skim ini telah memasuki tahun keliga pelaksanaannya pada sesi pengajian 2007/08. Namun belum ada kajian yang menyeluruh bagi mengesan kepuasan pelanggan dan keberkesanannya. Kerlas ini membincangkan penggubalan satu soal selidik bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap pelaksanaan Skim Book Plan. Soal selidik berskala lima (5) mata mengandungi 30 item dengan indeks kebolehpercayaan 0.78 digubal berdasarkan lima (5) domain skim ini iaitu objektif skim, pengurusan skim, pelaksanaan di peringkat koperasi, pelaksanaan di perjngkat fakulti dan kepuasan pelanggan. Soal selidik ini diedarkan kepada pelajar yang mengikuti skim ini pada Semester Pertama 2007108 daripada 15 program bacelor daripada lima (5) fakulti. Dapatan darjpada 1,211 pelajar tersebut menunjukkan mereka agak bersetuju (min = 2.70) dengan pelaksanaan skim. Perincian dapatan serta cadangan penambahbaikan dibincangkan dalam kertas ini.


Download File

[img] PDF
ID 20276.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (719kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Junior college students - Malaysia - Congresses.
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Keywords: Book Plan Scheme; New students; University students
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 May 2013 02:55
Last Modified: 21 Jan 2015 01:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20276
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item