UPM Institutional Repository

Pengaruh Kredibiliti Terhadap Penerimagunaan Maklumat Berkaitan Islam di Internet


Citation

Ishak, Mohd Sobhi (2011) Pengaruh Kredibiliti Terhadap Penerimagunaan Maklumat Berkaitan Islam di Internet. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penerimagunaan maklumat berkaitan Islam di Internet masih menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat awam dan sarjana Islam berhubung isu kredibiliti. Kajian ini bertujuan membangunkan konstruk penilaian kredibiliti dari perspektif Islam dan mengenalpasti pengaruh kredibiliti terhadap penerimagunaan maklumat berkaitan Islam di Internet. Dalam fasa pertama, 85 item penilaian kredibiliti telah diperolehi hasil temubual dengan empat orang sarjana Islam, dan ditentusahkan oleh tujuh orang sarjana yang lain. Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dilaksanakan dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 19.0 berdasarkan 1180 respon yang diperolehi daripada guru j-QAF yang berpendidikan formal dalam pengajian Islam. Lapan dimensi konstruk kredibiliti dibentuk iaitu tarikan visual, hubungan pengguna-pelapor, maklumat autentik, keadilan pelapor, reputasi laman web, integriti pelapor, identiti pelapor dan kepercayaan kepada pelapor Dalam fasa kedua, kajian tinjauan keratan rentas dijalankan menggunakan borang soal selidik terhadap 330 guru j-QAF yang lain, dan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) menerusi AMOS 18.0. Dua model hipotesis telah dibangunkan yang diadaptasi dari Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan Model Penerimagunaan Maklumat (IAM). Kredibiliti diuji bersama tiga pemboleh ubah iaitu tanggapan Internet mudah diguna, tanggapan Internet berguna, dan kesediaan menerimaguna maklumat berkaitan Islam bagi meramal penerimagunaan maklumat berkaitan Islam di Internet. Model hipotesis pertama menguji kredibiliti sebagai pemboleh ubah anteseden kepada tanggapan Internet mudah diguna dan tanggapan Internet berguna. Model penentuan semula yang mencapai ketepatan padanan (CMIN = 2343.242, DF = 1317, p = .000, CMIN/DF = 1.779, CFI = .901, SRMR = .068, PNFI = .765, RMSEA = .051) menunjukkan kredibiliti memberi pengaruh yang signifikan terhadap kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Walau bagaimanapun, hanya pemboleh ubah tanggapan Internet mudah diguna sahaja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimagunaan maklumat. Model hipotesis kedua menguji kredibiliti sebagai pemboleh ubah perantaraan dalam hubungan di antara tanggapan Internet berguna dan tanggapan Internet mudah diguna dengan kesediaan menerimaguna maklumat dan penerimagunaan maklumat. Model penentuan semula ini juga mencapai ketepatan padanan data yang baik (CMIN = 2327.418, DF = 1318, p = .000,CMIN/DF = 1.766, CFI = .901, SRMR = .065, PNFI = .765, RMSEA = .050). Dapatan menunjukkan kredibiliti dan tanggapan Internet berguna memberi pengaruh yang signifikan terhadap penerimagunaan maklumat. Kredibiliti juga memberi kesan perantaraan penuh dalam hubungan tanggapan Internet mudah diguna dan penerimagunaan maklumat. Perbandingan antara kedua-dua model menunjukkan model kedua iaitu kredibiliti sebagai pembolehubah perantara menyumbang 46 peratus varians kepada perubahan penerimagunaan maklumat berbanding 39 peratus dalam model pertama. Dapatan ini menunjukkan, kredibiliti lebih berpengaruh sebagai prasyarat bagi pengguna untuk menerimaguna maklumat berkaitan Islam di Internet setelah mereka menerima kehadiran teknologi. Kesimpulannya, penilaian kredibiliti berdasarkan perspektif Islam perlu digunakan sebagai garis panduan kepada masyarakat sekiranya mereka mahu menerimaguna maklumat berkaitan Islam di Internet.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_23_ir.pdf

Download (534kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Internet - Religious aspects - Islam
Subject: Islam - Computer network resource
Subject: Information technology - Religious aspects - Islam
Call Number: FBMK 2011 23
Chairman Supervisor: Profesor Musa Abu Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 03:51
Last Modified: 26 Jan 2022 03:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20074
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item