UPM Institutional Repository

Eksotoksin Pseudomonas pseudomallei dan diagnos Melioidosis dalam biri-biri.


Citation

Embi, Noor and Siti Rohana, and Mohamed, Rahmah and S. Mohamed, Sharifah Hamidah and Saad, Zamri and Osman, Anuar and Ismail, Ghazally (1989) Eksotoksin Pseudomonas pseudomallei dan diagnos Melioidosis dalam biri-biri. In: Bengkel JRPA-UKM Yang Pertama, Aug. 1989, UKM,Bangi. .

Abstract

Eksotoksin maut dan juga hemolisin P.pseudomallei yang telah ditulenkan daripada filtrat kultur pertumbuhan patogen ini telah digunakan untuk mengesan antibodi antitoksin dan antihemolisin dalam serum haiwan malalui kaedah ELISA. Sejumlah 606 sampel serum daripada biri-biri dan kambing telah diuji untuk kehadiran antibodi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hampir 50% daripada 346 sampel serum biri-biri daripada ladang yang dipercayai terinfeksi P.pseudomallei mempunyai titer antitoksin (>100). Aras titer antibodi antitoksin >100 dicerap bagi 64% daripada 130 sampel serum kambing. Sebaliknya hanya 11% daripada 130 sampel serum biri-biri dari ladang yang dipercayai bebas melioidosis mempunyai titer >100. Ujian kehadiran antibodi antihemolisin ke atas sampel-sampel serum di atas,menunjukkan profil aras titer yang hampir serupa dengan profil titer antitoksin. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa titer antibodi antitoksin atau antihemolisin adalah tiggi dalam serum haiwan dari ladang-ladang yang dianggap terinfeksi dengan P.pseudomallei berbandingkan dengan serum haiwan dari ladnag yang dianggap bebas melioidosis. Dengan menggunakan kaedah ELISA bertanding,ujian ke atas 22 serum biri-biri menunjukkan kehadiran eksotoksin (6.5-46ug/ml) dalam 11 daripada 17 serum yang mempunyai titer antitoksin (>100) manakala tiada eksotoksin dikesan dalam kelima-lima serum yang negatif untuk titer antitoksin. Kajian awal menunjukkan bahawa pengesanan eksotoksin melalui ELISA berpotensi diwujudkan sebagai ujian serologi yang berkesan dalam diagnosis melioidosis.


Download File

[img] PDF
ID 19798.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (404kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Melioidosis
Subject: Pseudomonas
Keywords: Exotoxin; Pseudomonas pseudomallei; Melioidosis; Sheep; Antibody.
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 18 Dec 2013 01:09
Last Modified: 26 Aug 2014 02:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19798
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item